Labels

Monday, June 15, 2015

KEMBARA EROPAH (SOLAT)


“DIAlah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula” (al-Mulk, ayat 15)

Rasa-rasanya dua perkara utama dalam pengembaraan yang sangat perlu dijaga ialah solat dan juga makan. Jangan tinggalkan solat. Jangan makan makanan yang tidak halal. Solat harus dilakukan secara jamak (himpun) dan qasar (pendek).
Solat dimana sahaja.


Bagi saya, penganjur Kembara perlu menyediakan jadual waktu solat bagi semua tempat yang akan dilalui dan paling penting ialah berhenti untuk membolehkan peserta kembara menunaikan solat. Kurang wajar rasanya untuk solat jamak Zohor dan Asar berpandukan kepada waktu Maghrib. Apatah lagi dengan jawapan "kita berhentilah mana-mana nanti untuk solat" apabila ditanya berkali-kali di mana kita akan solat setelah kelihatan waktu Asar sudah hampir berlalu. Ada juga ketikanya soalan mudah "di mana kita akan berhenti solat" dibiarkan berlalu seolah-olah tidak didengari langsung. Begitu juga apabila masa solat bagi 40 orang diberikan hanya 15 minit sahaja.

Pada peringkat awal kembara, "surau" dibina di celah-celah khemah dan kami solat berjemaah sedaya mungkin. Alhamdulillah, syukur sungguh dapat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh di bumi asing dalam kesejukan walaupun beralaskan sejadah nipis di atas rumput dan batu-batu kecil. Namun pada akhir-akhir kembara, sudah tidak ada lagi hamparan "surau" dibuat.




No comments: