Labels

Monday, June 15, 2015

KEMBARA EROPAH (MALAYSIA AIRLINES)


PENERBANGAN kami dari Kuala Lumpur ke London bermula 10am Sabtu 30 Mei dan tiba 4.20pm pada hari yang sama. Walaupun penerbangan mengambil masa 14 jam, ia kelihatan hanya 7 jam sahaja. Kami turun dari rumah selepas solat Subuh dan tiba di London belum Asar lagi.


Bagaimanakah hukum solat terhadap kes begini?. Biarlah pihak yang arif menentukannya. Apa yang saya ingin cerita di sini ialah perihal kemudahan solat dalam penerbangan MH004 MAS A380.

Sepanjang penerbangan, perjalanan amat selesa sekali. Sebelum perlepas, dibacakan rakaman surah alfatihah dan doa penerbangan. Semasa dalam penerbangan, ketua peramugara memaklumkan akan kemudahan solat dalam penerbangan dan memaklumkan masuk waktu Zohor. Beliau juga memaklumkan akan masuk waktu Asar di London. Seterusnya waktu Maghrib juga diberitahu, ia khusus untuk mereka yang ingin jamak Zohor dan Asar.

Saya amat kagum dengan MAS. Ada tempat solat. Ada doa sebelum penerbangan. Ada pengumuman waktu solat. Sangat istimewa. Saya jangkakan perkara yang sama akan berlaku dalam penerbangan balik, MH003 12pm Sabtu dan tiba 8.30am Ahad. Rupa-rupanya ia tidak berlaku. Tidak ada satu pun yang ada. Samada doa, fatihah mahupun pengumuman mengenai solat. Kesimpulan saya ialah, ia 100% bergantung kepada krew (pilot dan ketua pramugara) dan bukannya MAS. Mengapa beghini jadinya?.

Penerbangan 14 jam dari London ke Kuala Lumpur dari 12pm hingga 8.30am keesokan harinya. Logiknya memerlukan 5 waktu solat, ia itu Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh, walaupun cuma 14 jam masanya. Jika mengikut hukum bagaimana pula?. Bagaimana pula orang awam seperti kita boleh mengetahui masuknya waktu solat dalam penerbangan?. Ada aplikasinya?. Ini cabaran kepada semua umat Islam.

Oh ya.... penerbangan dari London terlewat 15 minit berlepas kerana kesesakan trafik di Heathrow. Akibatnya, masa ketibaan terlewat satu jam. Begitulah pengumuman yang diberikan kepada kami oleh pembantu juruterbang. Ramai orang berkata, dan saya percaya bahawa bila kapalterbang lewat berlepas, maka pilot akan memecut di udara. Ia akan menjadikan masa ketibaan tidak lagi berlaku kelewatan. Ternyata ia tidak benar bukan?.



No comments: