Labels

Tuesday, December 25, 2012

CUTI SERAGAM SELURUH DUNIA

BEBERAPA hari sebeluk Krismas, kebanyakan negara maju akan bercuti sehinggalah ke awal tahun baru. Negara-negara yang dimaksudkan adalah negara yang majoriti penduduknya berugama Kristian. Namun begitu, negara-negara lain, khususnya negara maju seperti Jepun juga cuti pada tarikh tersebut. Jepun bercuti mulai 23 Disember hinggalah 4 Januari.

Bercuti maknanya tidak ada sebarang aktiviti. Pejabat kerajaan cuti. Sekolah tutup. Bank tutup. Kedai tutup. Kompleks membeli belah tidak dibuka. Semuanya bercuti.

Semua makhluk dalam negara tersebut sudah tahu tarikh cuti. Kucing pun tahu rasanya. Jika makanan kucing kehabisan, ia tidak akan dapat makan kerana kedai ditutup. Klinik juga tutup. Ini adalah kerana klinik hanya boleh dilawati dengan temujanji sahaja. Semua temujanji pada musim cuti tidak dibuat. Jika sakit bagaimana?.... Pergilah ke bahagian kecemasan hospital.

Walaupun bercuti, negara mereka tetap maju dan aman makmur. Kita bagaimana?.
Di negara kita yang mempunyai pelbagai jenis perayaan ini, musim cuti pun kena kerja. Barangkali tidak pernah negara kita bercuti walau pun satu hari. Kerja. Kerja dan kerja. Kita takut sangat tinggalkan kerja. Kita takut rugi jika tidak kerja. Sebenarnya kita rugi dengan bekerja di hari cuti. Sebabnya? .... walaupun di ofis hanya seorang sahaja yang kerja, elektrik, lampu, penghawa dingin dibuka bagaikan 100 ataupun 1000 orang juga yang kerja. Lebih rugi lagi ialah, yang seorang dua berada di ofis pun tidak bekerja sebenarnya... tidak ada mood.

Oh negaraku.

No comments: