Sunday, January 06, 2013
2013
SECARA praktikalnya, esok (Isnin) adalah hari pertama bekerja bagi tahun 2013. Ia juga bermakna saya sudah bekerja selama 30 tahun dengan majikan sekarang. Barangkali "Jibunshi Dari Tingkatan Biasa ke JUSA" adalah sesuatu yang dinanti-nantikan pada tahun ini.
Semenjak akhir-akhir ini, saya perhatikan ramai pekerja "menggunakan hari dan masa cuti, terutamanya cuti hujung minggu untuk membuat kerja majikan". Jika dulu, mungkin majikan bising mengenai kuli menggunakan waktu majikan, ia itu waktu kerja untuk membuat kerja peribadi. Jika dulu, majikan bising, saya fikir kini waris kepada kuli pula patut buat bising. KUli yang bekerja 5 hari seminggu dari jam 8 hingga 5, bukan sahaja dikerah bekerja tanpa upah sehingga 11 malam, atau pun lebih, malahan juga meliputi hari cuti Sabtu dan Ahad. Ia berlaku bukan sekali-sekala, tetapi hampir setiap hari.
Di manakah keadilannya? Di manakah masa kuli untuk ahli keluarganya?. Bagaimana produktiviti kuli boleh meningkat jika kerja tanpa rehat yang mencukupi?.
Entahlah Labu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ada sesetengah majikan menjadikan tempat kerja lebih kondusif semata-mata mahu membuatkan seseorang itu selesa bekerja lewat malam dan waktu cuti. Jika itu kurang berkesan, tempat untuk bekerja ditukar suasana buat seketika, pekerja dibawa untuk bekerja di hotel-hotel, resort-resort dan sebagainya...yang penting matlamat organisasi tercapai, tiada bayaran tambahan kepada pekerja manakala kebajikan keluarga pekerja terbarai...
Post a Comment