Labels

Tuesday, August 16, 2011

PUASA - PERINGKAT SUKU AKHIR

Alhamdulillah, sudah 16 hari kita berpuasa. Semasa peringkat saringan, ia itu hari pertama, surau dilimpahi dengan makmum yang datang berterawih. Masuk pedingkat pertama, masih ramai lagi yang bertahan.

Kini sudah melepasi suku akhir. Makmum yang tidak layak ke suku akhir, sudah kecundang lebih awal. Kini saf sudah kian pendek. Syukurlah kerana diri masih terpilih dan layak ke separuh akhir. Setakat ini belumlah ada uzur syari'i. Pemilihan ke peringkat akhir atau grand finale, tersangat getir. Hanya individu yang betul-betul layak sahaja yang akan terpilih nanti. Doa dan usaha tangga kejayaan.

Semangat sahaja tidak cukup. Buktinya yang tersungkur di peringkat awal banyak juga yang melaungkan kata-kata semangat dan merindui Ramadhan. Namun kecundang juga di peringkat awal.

Amin.

No comments: