Wednesday, November 24, 2010
SALAH FAHAM TERHADAP (PENTADBIRAN) KERAJAAN
RAMAI orang berpegang bahawa kerajaan memang sinonim dengan lambat, tidak cekap dan penuh birokrasi. Barangkali benar, apatah lagi jika mereka mengalami sendiri peristiwa tersebut dan bukan dengar-dengar sahaja.
Ada orang yang mengadu kepada saya bahawa dia telah mengemukakan permohonan (nak projeklah tu..) di tempat kerja saya dan masih menunggu dan menunggu dan menunggu tanpa ada sebarang jawapan. Saya naik pelik, naik hairan. Apa yang saya tahu, semua permohonan yang diterima akan dinilai dan dibuat keputusan.
Lantaran itu saya bertanya kepada siapa dihantar permohonan, bila tarikh hantar, apa rujukan surat dan banyaklagilah dengan niat ingin menolong. Tidak satupun daripada soalan tersebut yang boleh dijawab. Bos ini hanya mendapat laporan daripada anak-buahnya mengatakan permohonan telah dihantar dan masih menunggu jawapan tanpa usul periksa lagi.
Selepas siasatan dalaman dibuat, didapati 'permohonan' yang dimaksudkan hanyalah berupa anggaran harga pasaran bagi sebuah projek. Tanpa surat iringan (sudah tentu tanpa tandatangan) dan dikemukakan dalam pendrive. Itulah yang dikatakan sebagai permohonan.
Andaikata dihantar permohonan melalui e-melpun kita wajib jawab. Inikan pula permohonan yang 'betul'.
Saya terangkan hasil penemuan saya kepada bos tersebut dan diapun diamlah (buat seketika, kemudian akan kata kerajaan lambat lagi).
Inilah rakyat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ramai rakyat tidak faham tanggungjawab rakyat.
Dan ramai juga rakyat yang tidak bertanggungjawab.
Rakyat! Jangan khianat AMANAH.
Memang ada rakyat memang suka mengata agensi kerajaan padahal yang suka mengata itu suka mementingkan diri sendiri. Dia buat2 tak tahu bahawa agensi kerajaan mementingkan SEMUA RAKYAT secara adil.
Post a Comment