Labels

Wednesday, November 10, 2010

iPAD DAN BLACKBERRY



iPad tidak dapat dibandingkan dengan Blackberry (BB), sebabnya Blackberry adalah telefon pintar sedangkan iPad adalah sebuah 'komputer'. Blackberry sepatutnya dibandingkan dengan iPhone. Walau bagaimanapun saya ingin bandingkan juga iPad dengan BB bagi fungsi yang sama.

Pagi tadi saya terperangkap dalam majlis yang memerlukan masa menunggu yang lama. Saya bawa iPad dan sudah tentunya sebuah BB. Fungsi yang sama yang saya ingin bandingkan ialah mengakses, membaca dan membalas e-mel. Pengalaman pagi tadi menjadikan markah iPad adalah 1/10 dan markah BB adalah 9/10. Sepanjang masa terperangkap tersebut, saya langsung gagal untuk membuka dan membaca e-mel. iPad 3G saya ini gagal mengakses e-mel mengikut kelajuan yang diperlukan. Sebaliknya, BB yang juga menggunbakan kemudahan 3G daripada penyedia perkhidmatan yang sama (Celcom) telah menjalankan semua tugasnya dengan jayanya. Saya boleh baca, tulis dan balas e-mel dengan cepat.

Peristiwa pagi tadi cuma memperaga iPad untuk tunjuk-tunjuk sahaja, tanpa menyelesaikan sebarang tugasan.

No comments: