Labels

Monday, October 25, 2010

MASALAH KONTRAKTOR DAN KONTRAKTOR BERMASALAH



ADA satu kontraktor menghadapi masalah dan memohon temujanji untuk khidmat nasihat. Oleh kerana masa semuanya sudah dipenuhi dengan jadual-jadual lain, maka saya berikan satu slot pada jam 7.30am hari ini.

Hari ini saya agak lewat datang ke pejabat kerana anak-anak lambat bersiap. Biasanya jam 6.30am saya sudah memandu menghantar anak-anak ke sekolah dan terus ke pejabat. Sekitar 7.00am saya sudah mulakan kerja di pejabat. Hari ini saya tiba pada jam 7.30am dan risaukan kontraktor tersebut sudah menunggu. Saya tidak sempat minum pagi dan terus buat kerja sementara menunggu. Hingga kini (jam 9 pagi) dia tidak muncul dan sahlah masalah kontraktor ini sebenarnya ialah kontraktor bermasalah.

sekian.

2 comments:

Unknown said...

Temujanji khidmat nasihat tu untuk apa ek?

mba2u said...

macam dr. jumpa pesakit .... minta nasihat, bukan minta ubat.