Labels

Friday, February 12, 2010

PROGRAMMER TIDAK TAHU TULIS PROGRAM


SEKIRANYA staff anda tidak tahu tugas hakiki mereka;
- Programmer tidak tahu tulis program
- Jurutaip tidak cekap menaip
- Pemandu tidak cekap memandu
- Tukang masak tidak cekap memasak
- dan sebagainya;

Apakah yang sepatutnya dilakukan?.

Kembali kepada programmer, tugas hakikinya ialah menulis program. Andai kata dia tidak cekap untuk menulis program, adakah "belakang parang" perlu diasah juga supaya tajam walaupun terpaksa membeli batu pengasah puluhan ribu ringgit?. Atau... barangkali lebih mudah jika diberikan sahaja tugas lain dalam kitaran pembangunan sistem (SDLC).

Tugas hakiki programmer adalah seperti berikut:-
Perkhidmatan Penolong Pegawai Sistem Maklumat (PPSM) adalah merupakan perkhidmatan sokongan utama dalam melaksanakan dasar, program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam perkhidmatan awam. Peranan ini adalah penting memandangkan penggunaan sistem komputer dan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam telah menjadi semakin luas dan terus meningkat sejajar dengan pemodenan perkhidmatan awam dan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kerajaan elektronik.

Dalam hal ini, Penolong Pegawai Sistem Maklumat terlibat dalam pentadbiran ICT, pembangunan dan pemasangan serta pelaksanaan di peringkat operasi sistem komputer dan teknologi maklumat di Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan.
Antara bidang tugas utama Penolong Pegawai Sistem Maklumat adalah :
Pentadbiran ICT;
Pembangunan, pemasangan dan pengendalian sistem komputer dan teknologi maklumat;
Pengaturcaraan dan perisian komputer;
Pengendalian dan penyeliaan pengkalan data dan maklumat;
Pelaksanaan dan pemantauan sistem komputer dan rangkaian;
Perkhidmatan bantuan teknikal ICT; dan
Pengendalian program kursus dan latihan untuk pengguna.
Note: Sumber Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

6 comments:

Maryam Chin said...

salam ziarah. nice and appropriate photo there :)

K.H said...

Tuan,

Barangkali PPTM sekarang sudah lupa nama lain bagi mereka ialah programmer, ataupun mereka tidak pernah tahu.

Anonymous said...

Tuan MBA, macammana plak kalau PTM tak tau buat kerja... Any komen..

Pesima said...

Saya sokong kenyataan Khairulhak tapi PTM juga ada yang lupa nama lain mereka Juru Analisa Sistem....Ada yang tak reti nak analisa...

mba2u said...

memanglah ada.... semua skim ada yg macam itu. Ada dr. yg tak tahu nak merawat, ada Ir. yg tidak tahu merekabentuk dll.

-Jika sakit kita ubati
-Jika lemah kita latih
-JIka kurang stamina kita beri jurulatih

begitulah seterusnya, kita patut kenalpasti 'siapa mereka' dan 'mengapa', bukan dengan kata 'u pun x tau jugakkkk'.

pesima said...

Betul tu Cik Mat..
Cik Mat dah dpt Jusc C ke... hehhe