Labels

Tuesday, February 02, 2010

JUARA DALAM PEMBIKINAN






RC adalah seorang usahawan peringkat antarabangsa. Anak Malaysia yang menetap di Beijing dan menguruskan bisnesnya dari sana. Pertama kali saya menemuinya kira-kira dua tahun yang lalu atas urusan bisnes. Awal tahun ini kami bertemu semula atas urusan tertangguh dua tahun yang lepas. Ia masih belum menjadi kenyataan.

Kali ini beliau ingin mengayuh basikal bersama saya, dari Putrajaya ke Port Dickson. Lantaran itu beliau mahukan basikal yang terbaik. Lama saya memikirkannya, akhirnya saya bawa beliau ke Bike Boutique untuk melihat basikal jenama Cervelo. Ini adalah kerana basikal jenama Pinarelo (yang saya anggap terbaik) tidak mempunyai pengedar di Malaysia.

Dipendekkan cerita, beliau membeli sebuah basikal Cervelo model RS lengkap dengan segala aksesori. Kosnya hampir RM20k. Kami kayuh bersama di Putrajaya sebagai warm-up sebelum kayuhan sebenar ke PD.

2 comments:

Anonymous said...

bila kayuhan Putrajaya -PD?

mba2u said...

rcky akan dibuat dlm masa terdekat, this weekend maybe. Inipun jika basikal saya siap...

Mahu uji-kayuh basikal 'panahrelo' MBA.SAN