Labels

Saturday, February 06, 2010

PANAHRELO

setelah siap dipasang
frame tanpa cat dan logo
kotak penghantaran

IA bermula dengan pembelian sebuah kerangka tanpa jenama. Rekebentuknya ada iras-iras Pinarello. Ia diperbuat daripada karbon nano (12k) sepenuhnya. Jika Pinarello asli, rasa-rasanya harga kerangkanya ialah daam RM12,000.

Hasrat asal ialah untuk membuat logo, diberi nama dan dicat. namun saya tidak sabar untuk mengayuhnya. Namun ada juga kawan-kawan yang menasihatkan supaya ia tidak perlu dicat, takut merosakkan karbon. Bila dalam keadaan asli begini, begitu ketara warna karbon hitamnya. Hitam itu menawan. Akhirnya kerangka ini dipasang pada basikal Bianchi putih. Jadilah ia hitam sepenuhnya. Berat keseluruhan basikal ini sudah berkurang sebanyak 1kg akibat penggunaan panahrelo. Berat sekarang ialah 8.8kg.

Malam ini barulah aya berpeluang mengayuhnya kerana seminggu berada di luar pejabat. pada awalnya ramai sekali kawan-kawan yang ingin turut serta dalam kayuhan ini. Namun apabila tiba saat dan waktunya, hanya saya dan seorang lagi kawan yang muncul. Kami kayuh di Outer-ring selama sejam tanpa henti. Kelajuan maksima ialah 52km dan purata 23km/jam. Ada sedikit peningkatan berbanding dengan rangka Bianchi yang asal.

Saya masih lagi mencari-cari nama kepada basikal hitam legam ini. Buat sementara, kita panggil dia sebagai "panahrelo".

No comments: