Labels

Friday, August 31, 2007

TERJAJAH SAMBUT MERDEKA

SEAWAL jam 4pagi semua murid telah dikerahkan untuk berkumpul di sekolah. Bas telah sedia menunggu untuk membawa mereka ke Dataran Merdeka. Sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan amat meriah.

"4am itu tidaklah awal sangat cikgu. Saya tidak kisah, tetapi di mana anak saya akan solat Subuh nanti?".

"Semua peserta mesti tiba di Dataran jam 6.30am. Waktu Subuh masuk kira-kira 5.45am. Tentu ada masa nak solat bukan?"

"Memang ada masa, tetapi di mana?. Adakah kemudahan solat disediakan di tengah-tengah padang?".

"Solat soal peribadi. Buatlah sendiri-sendiri".

"Ini soal budak-budak cikgu. Kita wajib bimbing mereka. Jika suruh mereka solat tengah padang waktu Subuh nanti, tidak jadi masalah. Yang jadi masasalah ialah bia ia tidak disuruh, tidak dipantau. Mereka itu budak-budak".

"Budak-budak belum cukup umur, tidak wajib sembahyang".

"Baiklah, cikgu solat di mana?"

"Solat soal peribadi. Di mana-manapun boleh. Negara kita sudah merdeka".

"Jika kita masih terjajah, insyaallah perkara ini tidak terjadi. Ayah saya kata, zaman Jepun dulu, jika Melayu tidak pergi sembahyang Jumaat, Jepun hukum dia supaya makan rumput. Bila merdeka, semua kita terjajah semula"

"Maksud awak?"

"Sambut merdeka hingga abaikan solat itu masih terjajah, belum merdeka namanya".

1 comment:

mba said...

:)