Labels

Wednesday, August 01, 2007

PENTINGKAN DIRI SENDIRI

SEORANG sahabat saya memberikan kulish pagi dalam sesi kursus yang kami hadiri lama dahulu yang bertajuk seperti di atas. Katanya "Kita mesti pentingkan diri sendiri". "Semua orang memang pentingkan diri sendiri.". "Dengan mementingkan diri sendiri, kita boleh berjaya dunia dan akhirat".

Semua hadirin tercengang dengan kata-kata beliau, yang kini barangkali sudah menjadi profesor di sebuah IPTA. Beliau dahulunya macam saya juga, hadir kursus yang sama, lulus dengan gred yang sama. Barangkali kerana konsep pentingkan diri tersebut, beliau bertukar haluan menjadi pensyarah universiti.

Beliau seterusnya meneruskan hujah dengan contoh-contoh:-

Mengapa kita tolong orang?. Nak pahala
Mengapa kita tidak khianati orang?. Tak nak dosa, nak pahala
Mengapa kita buat baik? nak pahala
Mengapa kita tidak mahu buat jahat? tak mahu dosa, nak pahala
Mengapa kita tidak dengki kepada kejayaan orang lain?. Takut dosa
Mengaopa kita doakan (sungguh-sungguh) kejayaan orang lain?.Nak pahala
banyak lagilah contohnya....

Mengapa kita nak pahala? Nak masuk syurga
Mengapa nak masuk syurga?. Pentingkan diri sendiri!
Mengapa kita nak orang lain juga masuk syurga? Nak pahala lebih dan kedudukan lebih baik dalam syurga. Pentingkan diri sendiri!

Mengapa kita tidak pentingkan diri sendiri sahaja (dengan mengenepikan orang lain?). Pahala! ... Syurga! ==> Pentingkan diri sendiri.

Jadi kesimpulannya kita mesti pentingkan diri sendiri. Buat yang disuruh, tinggal yang dilarang.

Wallahualam.

No comments: