MENULIS adalah suatu kerja yang amat memenatkan. Menulis ketika ada idea adalah meletihkan. Menulis tatkala tidak ada idea, apatah lagi. Kadang kala saya seperti serik untuk menulis. Bukan serik kerana ditipu. Bukan serik kerana tidak berbaloi, tetapi serik yang hanya barangkali orang yang menulis sahaja faham apa yang diserikkan.
Barangkali 'serik menulis' adalah seperti 'taubat sambal belacan' yang biasa diperkatakan oleh Pak yazid dalam ceramah-ceramahnya. Semasa makan sambal belacan, ramai yang bertaubat tidak mahu makan lagi kerana pedasnya. Taubat! tidak mahu makan lagi. namun, besok akan dicarinya lagi sambal belacan yang macam semalam. Lebih pedas lagi elok. Taubat lagi. Buat lagi.
Sekarang saya sedang menyiapkan sebuah buku yang telah diberikan (sendiri berjanji sebenarnya) untuk disiapkan pada hari ini, iaitu tugasan untuk sebulan. Sebulan sebuah buku, wah hebat juga bunyinya. Barangkali malam ini bolehlah dihabiskan. Esok boleh dihantar kepada editor. Esok juga akan dimulai dengan satu lagi judul baru, selama sebulan lagi. Taubat lagi.
Doa-doakan semoga berjaya.
3 comments:
semuga berjaya menghasilkan nya..
Amin.
Sudah dihantar malam tadi, mudah2an diterima
semoga berjaya....
:D
Post a Comment