Labels

Monday, June 18, 2007

MUDAHNYA JADI MELAYU

Takrif Melayu (Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan)

1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Takrif Bumiputera (Perkara 161(6) Perlembagaan Peresekutuan

(a) mengenai sarawak, seseorang warganegara dan ianya adalah seorang dari mana-mana kaum yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya adalah seorang yangberketurunan campuran yang berasal daripadakaum-kaum itu; dan

(b) mengenai sabah, seseorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari satu kaum asli sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas hari malaysia) di sabah atau bapanya, pada masa ia lahir itu adalah berberdomisil di sabah.

(7) Kaum kaum yang ditakrifkan sebagai asli bagi sarawak bagi maksud maksud takrif bumiputera dalam Fasal (6) ialah Bukiyan, Bisayah, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan. Kalabit, Kayan, Kenyah (termasuk sabup dan sipeng)Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lehanan, Punan, Tanjung dan kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

Fasal 5.1 Perlembagaan UMNO:-

Tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya.



Jeanne Denker @ Jeanne Abdullah - Ahli UMNO Kepala Batas

3 comments:

Yang bernama Siti said...

Waktu ternampak kepala berita ini tadi saya juga merasa hairan bagaimana ini boleh berlaku.

Anonymous said...

Jeanne Denker beragama islam.
Dia bertutur bahasa melayu.
Dia mengamalkan adat istiadat melayu.
Dia lahir dan bermastautin di malaysia.

jadi, dari segi perlembagaan, dia melayulah. apa masalahnya?

Anonymous said...

Ya ya ya BETUL!.

Dia Melayu lagi Bumiputera!

Oh Melayu
Oh Bumiputera

ha ha ha.