Labels

Monday, June 18, 2007

DURIAN KITA - DURIAN SIAM

Peserta Asing Lari, Pertandingan Makan Durian Dibatalkan

Sampai bilakah "durian kita" akan jadi begini?
Sampai bila-bilapun durian kita tidak boleh dipasakan ke peringkat global
Busuk benarkah durian kita?
Tercium baupun dah cabut lari. Makan apatah lagi
Orang kita selalu berkata "Mat Salleh badannya hapak"
Namun tidaklah sampai cabut lari
Malahan ingin lagi cuba didekati

"Durian Siam" telah dibuang baunya
Hilang bau hilang rasa
Namun itulah yang diperlukan dunia
Dipasarkan di peringkat global.

5 comments:

Anonymous said...

Bang MBA, durian kalo tak busuk tak sedop... Lagi busuk lagi sedap wei...

JahRera said...

salam tuan rumah,
tahun lepas saya beli durian, saiz sederhana JPY2000 sebiji.
Dibalut, dibalut, dibalut rapi dan tidak dpt rasa baunya masa membeli.
Dibalut sangat sampai tak keluar bau.
Di rumah, buka pembalut 3 lapis...hampeh berpuluh hampeh. Memang baunya sudah dibuang!

mba said...

Agaknya kan... Jepun dah reka sejenis alat penyedut hampagas yang boleh menyedut bau!.

mba said...

Oops!. Sepatutnya direka juga sejenis spray yang mengandungi bau durian. Lepas dibuka pembalutnya, disembur dengan spray ini supaya ia berbau durian mengikut selera. Durian emas ke, tembaga ke, D14 ke atau durian siam ke...

JahRera said...

salam lagi,
atau pun masuk tandas chow kit road, masukan bau durian ini dlm botol dan marketkan dgn tanda "halal" hehehehe!