Labels

Wednesday, July 19, 2006

RUMAH KERAJAAN: CAKAP SERUPA BIKIN?



Mengapa ramai pegawai kerajaan yang tidak tinggal di kuarters kerajaan di Putrajaya?. Berikut adalah beberapa alasan yang dinyatakan dan alasan yang tak dinyatakan.

1. Pergi surau jumpa dia, pergi kedai berselisih dengan dia, pergi ofis mengadap muka dia, buka pintu rumahpun nampak dia. Tak kan kita nak bercampur dengan orang gomen saja...

Aku bukan suka ke surau, jika dia tak nampak muka aku kat surau kalu..., dia tahu ler perangai sebenar aku... Kat ofis aku kan bos... tak kan bini aku suruh sidai kain dia buat tak nampak aja. alahai

2. Kuarters kerajaan ni besar sangat. I tinggal berdua dengan wife saja. Anak-anak semua kat asrama. Buat apa nak duduk rumah besar2. Lagipun bila pencen nanti kena duduk rumah sendiri jugak.

You know what.... elaun perumahan I RM1000+ sebulan, jika tinggal di kuarters, habislah elaun tu. Lebih baik I menyewa RM800 kat luar. Ada baki lagi RM200. Rumah I kat KL tu disewa RM1000+ juga. Lagipun jika dok kat dalam tak dapat COLA

3. Rumah kerajaan ni ada kasta, ikut pangkat. I tak sukalah cam gitu

I tinggal di banglo sekarang, walhal kelayakan I jika di kuarters cuma semi-d saja, ah mana boleh jadi....

4. I saja nak bagi peluang kat orang yang lebih memerlukan kuarters, I dok kat luar OK

Tak kan you tak tau, mana ada kuarters yang kosong kat Putrajaya ni....

5 comments:

abdullahjones said...

Apa klas duduk kuaters MBA. Sebut pun dah tak klas, duduk kuarters!

Anonymous said...

duk kuarters asyik jadik mangsa ke opis untuk selamatkan keadaan. Orng lain yg duk jauh ada alasan... tapi orang kuarters yang perlukan wang untuk hantar anak ke sekolah tadika swasta(tadika k'jaan ada kat jab/kem org lain.. tak benar org luar hantar situ).. beli barang harian..yg harganya melambung tinggi dari diluar... tidak dapat elaun cola.. huwaaaaa!!!

Anonymous said...

Sebab depa tak nak duduk @ nak duduk kuaters itu bukan ceritanye, cerita yg patut didedahkan ialah dah dapat tinggal kat kuaters yg selesa tp tak menghargai...lebih2 lagi yang duduk flat @ appt.Ada lift dipadam nombornye, sampah tinggal kat tangga,papan kenyataan dibakar, spendar labuh digayut kat balkoni dll. sakit mata dan hati dengan spesis melayu yang tak tau bersyukur, tp kalau menyalahkan Kerajaan depalah orangnya!!!

Anonymous said...

Rumah teres kuarters putrajaya tak ada pagar. Agak bahaya nak lepaskan kanak-kanak kecil bermain kat luar rumah, especially rumah yang berhadapan dengan jalan utama. Tak larat la nak jaga anak-anak ni bermain kat luar (kecuali yang ada maid). Hmm... korang main ajelah dalam rumah. Biar rumah bersepah asalkan hati mak bapa senang; nampak anak bermain depan mata.

hock seng said...

Syabas kpd BPH... yg byk komen dan komplen, sila keluar kuarters. Ckp byk mulut bau longkang