KAMI dibekalkan dengan sebuah backpack dan windbreaker yang ditempah khas oleh JAL. Setiap seorang dari kami membeli tongkat pendakian dan tangki O2 sebagai persediaan awal. Selain daripadanya, bag kami ini berisi air minuman dan air untuk wuduk,sedikit makanan, ubat-ubatan, lampu suluh serta pakaian kami.
KAMI memulakan pendakian dari stesen 5 tepat jam 5:30pm. Cita-cita kami ialah untuk mengejar mentari naik di puncak Fujisan. Cuaca sedikit demi sedikit semakin dingin. Hari kian gelap. KAmi tiba di stesen 7 tepat jam 8pm. Dua setengah jam perjalanan dalam cuaca sejuk dan gelap. Angin kian kencang bertiup. Target kami ialah untuk ke stesen 8, yang sejam lagi perjalanan. Di situ kami akan bermalam sebelum meneruskan 1 jam lagi pendakian untuk ke puncak.
Berehat seketika di setesen 7 dan meneruskan perjalanan. Kami akhirnya tiba di stesen 8 jam 10pm. Kami menuju ke Toyokan hut yang telah ditempah terlebih awal oleh JALPAK. Kami berkumpul dan berehat dan melelapkan mata di sini. Dua puluh orang semuanya berkongsi sebuah dewan yang muat-muat sahaja bagi meluruskan badan dan melelapkan mata. Kami tidak mempunyai sebarang target untuk bangkit pukul berapa untuk mendaki terus ke puncak. Biarlah keadaan yang menentukan. Walau bagaimanapun alarm berbunyi pada jam 2am dan ramai penghuni hut yang lain sudah bersedia untuk meneruskan perjalanan. Akhirnya, pada jam 2:45am kami semua meneruskan pendakian ke puncak. Manusia punyalah ramai...... Mentari mulai menunjukkan diri pada jam 4:35am. Ah kami masih lagi di stesen 8.5. Masih jauh lagi untuk ke puncak dan deretan manusia sudah jam hingga ke puncak.
Saya kembali semula ke hut untuk tunaikan solat Subuh terlebih dahulu. Cita-cita untuk laungkan azan di puncak Fuji tidak termakhbul. Kami akhirnya sampai ke stesen 9 pada waktu sudah siang, sekitar jam 8am. Ramia yang sudah tidak ammpu untuk teruskan perjalanan lagi, lagipun sasaran awal untuk melihat mentari naik dari puncak sudah terlepas. Puncak cuma 741 kaki lagi. Namun..... mentari naik yang kelihatan dari stesen 7, 8, 9 dan 10 adalah sama sahaja. Menarik, comel dan memberikan 1000 kepuasan.
Sekarang macaman pula untuk turun ni..... oh penatnya, malasnya dan rupa-rupanya aku masih lagi dalam sesi latihan....
No comments:
Post a Comment