Labels

Sunday, July 02, 2006

Mt. Fuji: LATIHAN & PERSEDIAAN

SESI latihan kali kedua ni, agak ramai juga yang datang. Yang tak datang adalah disebabkan oleh uzur syar'i. Aisyamaisara ke China, Azdi ada kenduri kat Johor dan Ismalia ada urusan kat rumah. Yang lain semuanya datang, kecuali Siti Rusni yang berada nun jauh di Kota Kinabalu.

Coach kita, sdr Muzaffar kata, bila berada di tempat tinggi, penyakit altitude sickness seperti sakit kepala, muntah, loya dan mual adalah perkara biasa. Jadi janganlah makan banyak-banyak, sebab lagi banyak makan, lagi banyak muntah dan ia akan menghilangkan tenaga. Untuk itu penggunaan energy bar atau gel adalah digalakkan:

power bar, power gel, power endurance, penahan muntah, penahan gastrik

JAL akan sediakan bag dan juga wind breaker, jadi tak usahlah risau lagi. Bolehlah kita tumpukan kepada perkara-perkara lain pula. Kasut misalnya....

Ini kasut yg Muazlina pakai. Coach kata lulus... dan harga dia kurang RM100. Tanyalah Muaz kat kedai mana...
Oh ya.... coah juga ingatkan, kat atas gunung nanti oksigen memang nipis, jadi mungkin anda akan sesak nafas, semput atau yang sewaktu dengannya. Oleh itu tangki oksegen elok sangatlah dibeli.

Ini Manan punya: tangki o2 ke bocong ni?


baru 150 aanak tangga dah tersepel? ..... jauh lagi tu dik ooiii

Nampak rupa macam Sri Diah, itu... novelis "Jangan Ada Dendam" tu, tapi betul ke diapun nak cari ilham menulis novel di Fujisan?


* Gambar-gambar lengkap training pagi tadi ada di http://jica.fotopages.com

8 comments:

Bunga Rampai said...

Saya baca entri sebelum ini.

Aiseyman, saya terlepas peluang menarik ini. Untuk ahli myJICA saja atau terbuka kepada umum?

Saya kena rajin-rajin jengok laman myJICA :)

Moga sukses dalam ekspedisi ini.

Salam.

mba2u said...

bunga rampai;

jika betul2 mahu... masih belum terlepas sebab kita dah confirm tiket utk 20 orang, sedangkan peserta ada 19 sahaja. Itu tak kisah bagi kami, tapi oleh kerana arrangement ialah twin-sharing, maka angka 19 to odd-lah, kami kena cari gak sorang lagi.

* terbuka untuk semua.

Anonymous said...

Salam...

MBA, kalau nk join training jer boleh ker? Ikut hati mmg nk ikut tapi bnyk hal la skrg ni. Lagipun tk jumpa sponsor ;-).

mba2u said...

anon;

Yuran training kita kira RM500 cukuplah. Kira teramat murah sebab ia meliputi caj profesional jurulatih, minum pagi (power bar, power gel dan nasi lemak ....) serta tidak lupa @ amat penting cenderamata dari sponsor bagi setiap sesi latihan.

Bunga Rampai said...

Terima kasih maklumbalas yang diberi.

Saya terlibat dalam satu program latihan pada minggu pertama Ogos, jadi hasrat untuk bersama ekspedisi
ini terpaksa dibatalkan.

Salam.

Bunga Rampai said...

ooopss lupa...

Saya juga tertarik dengan 'program homestay' yang sdr. sebut dalam entri sebelum ini. Ini juga terbuka untuk semua?

Salam.

mba2u said...

Bunga rampai;

myJICA ada 2 jenis homestay:-
1. Anak2 Jepun datang ke Malaysia & tinggal di rumah keluarga angkat Malaysia

2. Anak2 Malaysia (kadang2 dewasa juga) ke Jepun dan tinggal di rumah keluarga angkat Jepun.

Homestay 1 & 2 adalah terbuka kpd publik. Yang terdekat ialah September ini, masih ada 3 lagi kekosongan.

Bunga Rampai said...

Sdr. MBA,

Terima kasih info yang diberi.

Selalunya saya rancang kembara saya setahun lebih awal, jadi apa juga yang datang dengan tiba-tiba agak sukar untuk diselitkan.

Saya akan hubungi sdr. jika tiada aral September ini.

Salam.