Labels

Tuesday, July 04, 2006

FADER & MADER (FAMA)

MASA zaman saya belajar dulu-dulu, hampir semua daripada kami mendapat biasiswa ataupun dermasiswa daripada kerajaan ataupun badan-badan korporat. Adalah seorang dua sahaja yang tidak mendapat biasiswa atau sememangnya tidak mahukan biasiswa disebabkan tidak mahu ikatan kontrak untuk bekerja dengan kerajaan selepas tamat belajar. Mereka ini mendapat penajaan sepenuhnya daripada ibu-bapa atau FAther & MAma mereka yang kita namakan sebagai FAMA.

FAMA sudah tentu inginkan anak-anak dia berjayakan? Penajaan yang diberikan tidak perlu cagaran atau ikatan kontrakpun. Itu dulu....

Tapi sekarang?.

Fama nafi halang 2 beradik berniaga

ALOR STAR: Sejak lebih 30 tahun lalu, dua beradik warga emas dari Kampung Batu Satu, Kuala Ketil, berusaha mencari nafkah sendiri dengan menjual hasil kampung secara kecil-kecilan di Pasar Tani Sungai Petani.

Che An Bahari, 69; dan adiknya, Zaharah, 66, menjual pelbagai hasil kampung seperti pisang, ulam dan pucuk kayu yang dibawa dari kampung ke Pasar Tani setiap Ahad dan memperoleh purata RM30 setiap kali berniaga.

Bagaimanapun, sejak 1 Januari lalu, mereka putus mata pencarian apabila tidak dibenarkan berniaga di Pasar Tani dengan alasan mereka tidak ada permit untuk berniaga di situ.

Che An adalah ibu tunggal dan berniaga kecil-kecilan kerana tidak mahu bergantung rezeki daripada anaknya yang juga hidup sederhana menyara keluarga.

Sebahagian daripada jualan mereka dikutip sendiri di sekitar tempat tinggal dan dibawa ke Pasar Tani menaiki bas sejauh kira-kira 20 kilometer kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri .

"Kami hanya menjual hasil kampung kecil-kecilan. Ulam dan pucuk kayu itu ada yang kami kutip sendiri di kampung dan jual di Pasar Tani," katanya yang datang ke pejabat Berita Harian semalam.

Difahamkan, kira-kira 40 peniaga kecil di Pasar Tani itu tidak dibenarkan berniaga kerana tiada permit.

Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Daerah Kuala Muda, Asrul Mohd Zuki, ketika dihubungi menafikan agensi itu menghalang dua beradik itu berniaga.

"Jika sudah lama berniaga, mereka boleh mendaftar terus dengan Fama Daerah Kuala Muda dan dibenarkan berniaga seperti biasa kerana barang yang dijual memang dialu-alukan oleh Fama," katanya.

Katanya, peniaga berkenaan boleh berhubung terus dengan urus setia Pasar Tani berkenaan untuk mendaftar dan meneruskan perniagaan seperti biasa.

"Mungkin mereka salah faham. Saya minta mereka datang ke pejabat Fama Daerah Kuala Muda untuk menyelesaikan masalah itu," katanya.

Beliau berkata, Fama akan mengekalkan peniaga yang sudah lama berniaga di Pasar Tani khususnya membabitkan hasil kampung.


* Kita pernah baca atau tonton berita pengarah JPN pergi ke rumah warga emas untuk sediakan myKAD kan? Sedangkan dia jika ikut peraturan, "datanglah ke pejabat kami untuk membuat permohonan myKAD atau myKID".

** Bagaimanakah produk pertanian Malaysia boleh maju??

5 comments:

Anonymous said...

begitu lah minda alias mentality pegawai melayu kebanyakannye, org mesti mengadap mereka untuk mendapatkan khidmat walaupun mereka dibayar gaji untuk memberi perkhidmatan yg terbaik kepada org awam yg sememangnye kurang masa dan pengetahuan serta peraturan yg direka sendiri untuk kemudahan sendiri sahaja ... bukan untuk memudahkan menyampai perkhidmatan. alahai...

Anonymous said...

mereka mendapat gaji untuk mendengar arahan orang atas bukan untuk berkhidmat kepada rakyat

Anonymous said...

tukar la pengarah JPN tu bagi dia handle FAMA pulak. Pengarah FAMA tu bagi dia jaga kaunter JPN. Ramai orang boleh datang jumpa dia.

Unknown said...

kadang-kadang sedih..sebab yang selalu jadi mangsa macam ni adalah orang yang lemah dan tak besar kuasanya....

Anonymous said...

Baru jadi PEGAWAI FAMA peringkat daerah dah besar kepala. Kalau jadi Pengarah FAMA negeri, tak tahu lah macamana! Ni lah sikap pegawai2 agensi kerajaan/kerajaan kat state ni. Berlagak nak mampus.