Labels

Friday, February 03, 2006

Treo650 --> Dopod900 -->SE P990i

DULU saya menggunakan Treo 650. Bagi saya PDA adalah Palm dan Palm adalah PDA. PDA-phone ini memang banyak faedah dan jasanya. Banyak sekali perisian yang berfaedah boleh didapai bagi PalmOS. Sebelum Treo 650, saya menggunakan Treo 600, WordPad505, dan Palm IIIc. Di antara masa tersebut, sempat juga mencua iPaq sebelum dicuri orang di pejabat dan Nokia Communicator dan menjualnya kerana saiznya yang terlalu besar serta Sony Ericsson P910 sebelum melepaskannya kerana didapati ia terlalu perlahan.



OLEH kerana perlukan PDA 3G, saya beralih kepada Dopod 900 yang saya kira satu-satunya PDA yang mempunyai perkhjidmatan 3G. PDA ini menggunakan perisian Windows Mobil 2005 atau WM5. Dulu agak janggal untuk menggunakan Windows kerana pelbagai cerita mengenainya. Namun selepas sebulan, ia tidak pernah 'reset', terutamanya 'hadr reset'. Namun saiz Dopod ini boleh tahan juga dan masa tindakbalas tidaklah begitu pantas. Agak sukar untuk mengendalikan Dopod, khususnya semasa memandu.


WALAUPUN pernah gagal dengan SE P910i, namun saya tetap menantikan SE P990i yang akan ke pasaran di penghujung Q1 2006 ini. Mungkin Symbian 9.1 ini ada sedikit kelainan. Selain dari 3G, rupabentuk PDA ini adalah yang paling menarik (bagi saya) berbanding dengan Treo dan Dopod. Mungkin ia perlahan kerana processor yang rendah, biarkanlah... Jika TReo macam telefon, Dopod bagaikan PDA, maka P990i adalah kombinasi antara kedua-duanya dari segi paras rupa.


Berikut adalah perbandingan antara Treo 650, Dopod 900 dan SE P990i:-


4 comments:

zino said...

dari ketiga3 tu.. satu pun zino tak penah guna lagi.. hehe

berapa rege nya tu..

mba said...

zino;

dah guna nanti ketagih.... lebih baik guna skg. ;-)

Mohd Adib Noh said...

MBA,
abedib masih setia dengan Treo650.

smd said...

MBA,

Treo 650 boleh install linux... dah try ker?