Labels

Saturday, February 04, 2006

BACA BUKU DAN JADI JUTAWAN!

ADAKAH manusia boleh menjadi jutawan dengan (hanya) membaca buku?.



Buku ini memberikan beberapa tips untuk membolehkan perniagaan anda dikembang-maju menggunakan Internet. Jika anda memang telah mempunyai perniagaan dan ingin mengembangkan lagi perniagaan anda melalui Internet, buku ini memberikan beberapa tips bagaimana menggunakan Internet dengan betul (itu sahaja).

Bolehkah anda menjadi jutawan setelah membaca buku ini?. Itu terpulang kepada jenis perniagaan anda. Jika dalam keuntungan perniagaan anda sekarang sudah mencapai angka RM990,000.00 insyaallah anda boleh menjadi jutawan setelah melaksanakan apa yang tertulis dalam buku ini. Nak dapatkan RM10,000 lagi setelah ada RM990,000 rasa-rasanya tidaklah mustahil.

Jika anda tiada perniagaan macamana?. Jawapannya mudah, carilah perniagaan, berniagalah!.

Yang pastinya anda boleh menolong penulis buku ini menjadi jutawan dengan membeli buku beliau ;-)

4 comments:

Anonymous said...

Sedikit mengenai Nabi Adam a.s. Beliau adalah seorang nabi dan maksum dari segala kesalahan. Namun, bagaimana seorang maksum telah melakukan kesalahan? Begitu juga para sahabat Husein yang mengingkari perintah Imam Husein a.s pada malam Asyura. Ini adalah petunjuk tentang bagaimana keasyikan telah menenggelamkan kesedaran seorang manusia terhadap apa yang dicintainya. Lihat apa yang berlaku kepada Abbas yang berkata kepada Imam Husein a.s, “Ya Maula, jika kamu memerintahkan aku untuk mencincang-cincang diriku akan aku lakukan, namun untuk meninggalkanmu tidak sama sekali.” Begitu juga luahan yang telah diucapkan oleh Zuhair al-Qain tatkala diperintahkan oleh Imam Husein a.s untuk meninggalkannya, “ Jika diberikan pada aku 70 nyawa, dimatikan dan dihidupkan berkali-kali, aku akan hadiahkan setiap satunya kepadamu Husein. Jika dihidup dan dibakar kemudian menjadi debu semula berkali-kali pun aku tidak akan meninggalkanmu keseorangan.” Inilah para ‘Asyirun yang telah dikenali semenjak di alam Zharf (alas/arwah) yang berkumpul bersama Husein di malam Asyura. Mereka telah mengatakan di alam Zharf (alas/arwah), “Karbala, adalah lembah orang yang mengatakan ‘Qalu Bala”. Ketika Allah melarang nabi Adam daripada menghampiri pohon Manhiyah yang merupakan pohon keasyikan, nabi Adam tetap sahaja menghampirinya dan memakan buahnya. Tiga perkara yang berlaku berikutan perbuatan Adam itu : 1) Lepaslah semua pakaiannya, 2) Keluarlah baginda daripada syurga, yang sebenarnya merupakan syurga duniawi. Ini kerana para asyik tidak menyintai kelazatan dunia, 3) Malaikat Jibrail bermatam meratapi musibah yang menimpa Imam Husein a.s, sebagai manifestasi tenggelamnya seorang asyik kepada mahsyuknya. Beginilah ingkarnya Nabi Adam kepada Allah yang sebenarnya melambangkan perbuatan seorang asyik sedangkan ketaatannya kepada Allah adalah sangat besar.

zino said...

ni tenagh dok fikir nak berniaga apa.. hehe

macam mana nak kaya fikir tak habis2.. hehe

mba2u said...

Zino;

Jom kita berniaga menjual buah fikiran... ha ha ha tentu kita cepat kaya sebab bagi yg malas berfikir, boleh beli saja buah fikiran tu.... tailor made.

Anonymous said...

Penulis buku sudah sememangnya Jutawan hasil usaha gigih beliau. Saya kenal beliau sejak 4 tahun yang lepas lagi. Masa itu beliau masih di Birmingham bekerja disana dan membuat perniagaan sendiri secara sambilan. Sekarang sudah balik ke Msia for good.. mempunyai sebuah pusat tuisyen di samping menjalankan perniagaan internet tersebut.

Aida.