Labels

Thursday, February 16, 2006

FESYEN KAKITANGAN KERAJAAN

KINI apakah fesyen pakaian kakitanganh kerajaan?. Ada ke tidak?. Adakah kakitangan kerajaan "berfesyen"? Bagi kakitangan kerajaan yang beruniform, memang tak ada peluanglah untuk melaram dengan pakaian berfesyen...

Setakat yang saya tahu, kakitangan kerajaan tidak mempunyai fesyen yang tertentu, apa-apapun boleh. Yang ada ialah peraturan berpakaian atau etiket berpakaian seperti contoh berikut:-


PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA

2.1 Pakaian Lelaki

2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A2 dan B3,“lounge suit” atau “bush-jacket” dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D4, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan.

2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari5, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai itu adalah buatan Malaysia.

2.1.5 “Jeans” atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2 Pakaian Wanita

2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks” seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka6 tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)

2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4 Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)

2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.

2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)

2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2.6 Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)

2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata.

3. PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI

3.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki

3.1.1. Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT, 2578/Pt.1 35 bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran “A” mengenai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka “lounge suit” bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan.

3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upcara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (International), maka pakaian “lounge suit” hendaklah dipakai.”

1 comment:

Anonymous said...

waaa wauu..
mba macam hafal buku g.o jer..