Labels

Sunday, July 03, 2016

MENU PALING MAHAL DENGAN HARGA YEN 0 SAHAJA

PERTAMA kali saya ke Jepun ialah pada tahun 1989. Ketika berjalan-jalan di bandar Naha bersama-sama dengan pelajar lain, biasanya kami singgah di Mc Donald. Makan fish burger dengan kentang goreng. Pada masa itu McD menggunakan minyak sayuran. Umum mengatakan ia boleh dimakan. Itu sahajalah yang mampu bagi kami, pelajar di Okinawa International Center (OIC).

Selain dari makan, menu istimewa yang paling murah atau mampu milik kata orang sekarang ialah SENYUMAN. Tercatat dalam menu di McD, "smile Yen 0". Ia bukan percuma, tetapi Yen 0.

Unik !!!






No comments: