Labels

Saturday, October 19, 2013

SIKAP ORANG KITA : ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

SEHIGGA kini lebih 8,800 warga Malaysia (Orang Kita) telah mendapat latihan teknikal di Jepun yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun melalui JICA (Japan International Cooperation Agency). Dari jumlah itu, 300 orang mendapat latihan di Okinawa, ia itu di Okinawa International Center (OIC). Latihan ini bermula semenjak 1982. OIC telah menyambut peserta kursus (kenshuin) yang ke 10,000 pada 14 September 2013 yang lalu.

Okinawa agak unik berbanding prefecture Jepun yang lain. Warga Okinawa, khususnya yang telah berusia, tidak mengiktiraf Jepun. "Okinawa bukan Jepun, Okinawa adalah Kingdom of Ryukyus". Realitinya Okinawa menjadi sebahagian dari Jepun selepas Perang Dunia Kedua dan ia menjadi pengkalan tentera Amerika.

Gabenor Okinawa dan warganya kerap menghantar delegasi ke luar negara untuk pelbagai misi. Terkini Yoshida Kenichi dari akhbar Ryukyu Shimpo diiringi oleh Wakasugi Satoshi datang ke Malaysia untuk menemuramah kenshuin Okinawa. Mereka tiba pada tengah malam hari raya haji yang kedua (16 Oktober 2013). Pada pagi Khamis, saya mengiringi mereka ke Terengganu menaiki Firefly untuk menemuramah kenshuin JICA Okinawa yang PERTAMA.

Semalam (18 Oktober 2013) mereka di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya menemuramah beberapa kenshuin lagi. Sebagai penutup, myJICA menjemput kesemua kenshuin Okinawa ini ke majlis jamuan teh di Putrajaya untuk menemukan pegawai JICA ini dengan Kenshuin. Beri makan percuma. DI SINILAH KISAH BERMULA ...


Dari lebih 300 kenshuin, saya cuma mensasarkan 30 orang sahaja untuk hadir ke majlis jamuan teh. Ia itu 10%. Adakah ia terlalu tinggi?.

Saya mula buat jemputan. Pegawai-pegawai tertinggi, di kalangan JUSA tidak seorangpun yang hadir. Cuma seorang sahaja membalas emel dengan status kehadiran "insyaallah". Selebihnya hanya mendiamkan diri walaupun selepas SMS dihantar dan panggilan dibuat kepada PA. Di kalangan pegawai tinggi (Gred 54 dan 52) juga begitu. Mesyuarat yang banyak ataupun berdiam diri. Dipendekkan cerita, saya dapatlah 16 nama yang memberi janji untuk hadir. Akhirnya saya kurangkan 30 tempahan kepada 20 sahaja. Pada hari kejadian, ia itu semalam, hujang sangat lebat, memang sukar untuk hadir. Namun alhamdulillah, hampir 30 orang hadir ke majlis tersebut. Pihak JICA gembira.

Berikut adalah beberapa dapatan saya dari usaha membuat jemputan ini:

S: Susahnya menjemput kenshuin. Makan percuma pun mereka tidak mahu

J: Makan percuma bukan tarikan kepada kami

S: Murid patut hormati guru. Kini guru datang ziarahi murid. Oleh kerana murid semua sudah berjawatan tinggi, maka budi guru dilupakan terus.

S: Insyaallah saya datang, tetapi tidak janji
J: (memang sudah set tidak mahu datang). hahahaha

S: Boleh saya bawa anak?. Boleh bawa isteri?
J: BOLEH. Bukan makan yang penting. Pertemuan itu lebih bermakna

S:Saya kerja di KL. Putrajaya jauh.
J: Saya sangat faham dan mengerti. Terima kasih. (Orang KL, Nilai dan Seremban datang. Alhamdulillah).

S: Saya di Penang tidak boleh datang. Terima kasih atas jemputan
J: Sama-sama

S: Saya di Labuan. jika sponsor tiket, saya datang
J: (sekurang-kurang dia jawab). Terima kasih

S:Diam
J: ????



Kesimpulan saya: Jika kita tidak suka, memang kita tidak datang. Jutaan terima kasih kepada yang sudi datang.

1 comment:

Anonymous said...

Bersyukurlah Tuan MBA...macam manapun event diteruskan dengan baik sekali. Tahniah...Tuan MBA