Labels

Friday, October 18, 2013

KENSHUIN PERTAMA OIC

Okinawa International Center (OIC) terletak di Jepun. Pada 14 September 2013, OIC telah menyambut kedatangan peserta kursus (kenshuin) yang ke-10,000. Apa yang sangat menarik mengenai OIC ini ialah kenshuin PERTAMAnya adalah dari Malaysia, ia itu pada tahun 1982.

Tuan Haji Mohamad Bin Muda, pada ketika itu ertugas di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), cawangan Terengganu telah terpilih menghadiri kursus mengenai maritime di OIC selama setahun. Batch pertama ini adalah bagi enam orang peserta sahaja.




OIC masih mengingati kenshuin mereka. Semalam saya berkesempatan untuk mengiringi pegawai dari OIC dan pemberita dari Ryukyu Shimpo menemui Tuan Mohamad Muda untuk mengadakan sesi temuduga untuk akhbar Ryukyu Shimpo.

Tuan Mohamad Muda, 61 tahun telah bersara dari UPM semenjak 2003. Kini mengusahakan perniagaan sendiri berkaitan dengan pelancongan di pulau-pulau sekitar Terengganu. Beliau mempunyai tiga buah bot pelancong. Apa yang sangat-sangat menarik mengenai beliau ialah, beliau masih boleh bercakap dalam Nihongo (Bahasa Jepun).

Sebenarnya kedatangan saya adalah sebagai 'jurubahasa', kerana Tuan Mohamad Muda tidak begitu fasih berbahasa Inggeris katanya. Namun pemberita tidak mempunyai sebarang masalah bahasa kerana beliau boleh berbahasa Jepun. Masyaallah .... Hebat!.

Banyak perkara menarik di sini...
1)Selepas 31 tahun (1982), OIC masih mengingati kenshuin pertama mereka
2) Selepas 31 tahun, kenshuin masih boleh berbahasa Jepun dengan baik.

:)


No comments: