Labels

Saturday, October 19, 2013

PEN MERAH EDITOR

Zalim sangatkah Editor? Hebat sangatkah penulis?
Dua soalan ini antara intipati perbincangan yang berlangsung pagi tadi di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka anjuran Dewan Bahasa Wilayah Selatan. Majlis diterajui Pengarah DBP Wiayah Selatan, Tuan Hj Rahim, sahabat saya.







Seorang penulis pernah memberi amaran kepada Editor saya dengan kata-kata ini:
Ini manuskrip saya. Saya tahu apa yang saya tulis. Saya mahu pembaca tahu apa isi hati saya. Jadi jangan potong manuskrip saya. Jangan ubah ayat-ayat saya. Masukkan semua fakta yang saya lampirkan.

Aduhai... Editor terkulat-kulat mendengara suara dari corong telefon sebelah sana. Memanglah hubungan antara Penerbit, Editor dan Penulis adalah umpama `MASAM MASAM MANIS' Sesekali ada juga rasa payau dan masin.

Penulis baru berasa gerun apabila saya kata Editor suka menyuruh penulis rombak manuskrip dan menyuruh tambah lagi itu dan ini. Penulis juga ternyata berasa seram-sejuk dengan pen merah editor. Hahahaa...

Sesi seterusnya ialah pada 26 Oktober di Johor Bahru.

No comments: