Labels

Thursday, September 12, 2013

TAN SRI MBA DAN DATUK AZIZ

SAYA pernah tidak dilibatkan dalam majlis besar yang melibatkan Perdana Menteri. Apabila saya tidak dilibatkan, maka saya buatlah kerja saya dan tidaklah melibatkan diri. Perjalanan majlis bermula dari perancangan, raptai danseterusnya majlis sebenar. Saya tidak hadir sebarang mesyuarat dan juga raptai kerana memang saya tidak terlibat.

Ada orang memberitahu saya bahawa bos bertanya mengapa saya tidak datang semasa latihan dan raptai. Pengarah lain semuanya ada. Saya jawab bahawasanya saya tidak terlibat dan tidak ada peranan. Saya hanya dijemput hadir pada hari kejadian sebagai tetamu.

Pada hari kejadian, saya ke tempat perasmian bersama pemandu dan timbalan saya. Samapi dipertengahan jalan, saya mendapat panggilan daripada urusetia mengatakan saya ditugas untuk menyambut seorang Menteri Kabinet. Bos tidak berkenan dengan pegawai yang telah ditetapkan sebelum ini.

Jalan jem dan kami mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian. Akhirnya saya sampai 1 jam lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk tetamu. (Saya datang sebagai tetamu, bukan pegawai bertugas). Apabila saya tiba, bos dan pengarah-pengarah lain sedang beratur menunggu VVIP. Saya jadi serba salah dan meminta pemandu berhenti jauh sedikit dari lokasi. Walau bagaimanapun bos nampak dan keluar dari mulutnya bahawa tetamu kehormat Tan Sri MBA bersama pengawal peribadi, Datuk Aziz baru tiba.

So what?.

Saya pergi menemui urussetia dan mendapat sedikt penerangan dan tempat duduk menteri yang perlu saya sambut. Apabila menteri tiba, saya bawa beliau ke tempat duduknya dan seterusnya ke meja jamuan yang telah ditetapkan. YB Menteri sangat gembira dan saya telah berjaya melaksanakan tugas saya dengan jayanya walaupun diberi notis 30 minit sahaja.  Saya yakin, orang lain tidak akan berjaya melaksanaan tugas itu kerana mereka tidak tahu apa yang saya tahu mengenai YB tersebut.

Bukan takbur, tetapi tugasan dan notis yang diberikan adalah suatu penghinaan sebenarnya.


1 comment:

Lawrence Kitchen Renovations said...

Hi nice reading your postt