Labels

Tuesday, September 10, 2013

TIBA DI JEPUN TENGAH MALAM: TIDUR DI AIRPORT ATAU CHECK-IN HOTEL?

HANEDA AIRPORT

Bila kita naik AirAsia ke Jepun, kita akan mendarat di Haneda Airport lebih kurang 11.45 malam. DILEMAnya ialah kemana mahu pergi tengah malam begini?. Jika check-in hotel terasa sudah RUGI satu hari.

Cadangan saya ialah .... duduk sahaja di airport hingga pagi. Setakat pengetahuan dan pengalaman saya, pengurusan dan pihak keselamatan Haneda Airport memberi kebenaran dan kerjasama yg baik bagi penumpang yang tinggal/tidur di airport (saya pernah dihalau di Osaka airport (KIX) kerana airport ditutup pada tengah malam).

Apabila tiba, carilah tempat yg sesuai untuk duduk dan berehat. Insyaallah selamat. Untuk solat, boleh gunakan bilik pesalinan di tingkat bawah. Tidak ada gangguan, tetapi janganlah dibasahkan tempat itu. Laplah selepas digunakan. Kami siap berjemaah Maghrib+Isya di situ sementara menunggu hari siang.

Setelah siang, bolehlah ke hotel yg telah ditempah untuk SIMPAN BARANG dan mulakan lawatan anda. Sebabnya masa check-in rata2 hotel di Jepun ialah 3pm.

Semoga bermenafaat.
PANDANGAN/PENGALAMAN DIALU-ALUKAN.

No comments: