Labels

Sunday, February 10, 2013

TOMODACHI ERTI PERSAHABATAN

TOMODACHI adalah perkataan Jepun bermaksud sahabat, kawan, rakan dan yang seerti dengannya.

Apakah pengertian sebenarnya?.

Saya ada menulis buku. Ramai di antara kawan ini mahu buku percuma. Sebabnya? dia adalah kawan saya. Mengikut logiknya, jika saya ada 100 orang kawan, makan saya perlu 100 buku percuma.

Bagi saya, jika saya mahu beri buku percuma, saya patut beri kepada bukan kawan. Mudah-mudahan ia akan menjadi kawan. Kawan-kawan pula patut membeli buku saya untuk tolong kawan. Tolong menolong. Saya tulis buku dia beli. Dia jual karipap, saya beli. Begitulah seterusnya.

Biasanya orang beli buku sebab tajuk, isi, kulit dan juga pengarang. Jika pengarang itu dia suka, buku itu dia beli. Maka elok sangatlah kita beli buku yang dikarang oleh kawan kita. KAwan tolong kawan. Namun tidak semua begitu. Setelah belek-belek buku, tanya harga dan kemudian tanya "boleh dapat free tak?".

Sesetengah yang lain, tidak tanya pun, terus beli bukan 1, bukan 2, ada yang beli 10 ada yang beli 100. Ia semata-mata kerana kawan.

Saya percaya orang lain juga begitu ....



Ini kisah tomodachi berbasikal pula:-

Kadang-kadang kami kayuh basikal menggunakan jersey yang seragam. Ia menyeronokkan. Banyak gunanya. Suatu hari kami lima-enam orang pakai seragam dan berkayuh nun jauh ke Lenggeng. Ada yang di depan, ada yang di belakang. Lama kami tunggu sahabat kami tidak muncul. Hinggalah pemandu lori memberitahu bahawa seorang pengayuh basikal yang pakai macam kami ada masalah basikal di belakang sana. Kami pun berpatah balik ke tempat beliau. Ada gunanya pakai seragam kan?.

Ada juga kawan yang pakai jersey lain, bila tengok kami pakai seragam, dia terus mahu beli jersey kami, (biasanya memang ada stok). Itulah maknanya kawan atau tomodachi bagi saya.

Gong Xi Fa Cai .... Mr. Won.

No comments: