Labels

Monday, November 05, 2012

MEMOIR SEORANG JURUHEBAH - ZAINAL ABAS


SAYA tidak perasan akan buku ini berada di pasaran, sehinggalah saya bertemu dengan penulisnya sendiri, Zainal Abas. Pertemuan ini berlangsung semasa bengkel penulisan PENA-ITBM-DBP di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 5-7 Oktober yang lepas.

"Buku ini adalah jiwa saya". Begitu kata-kata Zainal Abas yang saya 'kenali' sewaktu beliau menjadi DJ di RTM Kuala Terengganu. Pada masa itu saya bersekolah di SMST. Beliau menggantikan Ramlah Hj. Ramlan yang juga popular semasa saya bersekolah.

Membaca memoir beliau, menyebabkan saya bergenang air mata di beberapa bab tertentu. Juga menyebabkan saya ketawa bagaikan nak pecah perut mengenai "apa bakar encik khabar".

Saya cukup kagum dengan budi-baik anggota polis yang mengiringi beliau ke Ipoh supaya beliau tidak terlewat. Saya terharu dengan songe serta budi-baik kakitangan hospital terhadap beliau. Sebabnya saya juga pernah bertugas di hospital. Beliau ditukarkan tanpa usul periksa dari Angkasapuri ke Kuala Terengganu secara drastik sekali. Saya juga pernah mengalaminya.


Ya, buku setebal 400 muka ini seronok dibaca. Bahasanya mudah dan ia mengambil masa enam tahun untuk disiapkan.





No comments: