Labels

Friday, December 02, 2011

TIDAK BERKAWAN DENGAN JIRAN

SAYA ada menerima sekeping cek. Ia datangnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi tempatan. Saya tidak minta bayaran ini, mereka sukarela bayar. Cepat pula bayarannya. Alhamdulillah syukur.

Cuma saya rasa sangat pelik, sebab cek ini adalah daripada bank luar negara. Walaupun cek itu memang laku, tetapi mengapa syarikat tempatan ini tidak menggunakan bank tempatan?.

Syarikat ini ada bilion-bilion duit. Jika guna bank tempatan, sudah tentu bank-bank tersebut juga akan dapat untung. Kongsi-kongsi untung. Bila guna bank asing, untungnya sudah tentu menjadi hak milik orang.

Pada fikiran saya, jawapannya ialah syarikat ini mahu jadi syarikat nombor satu dalam negara ini. Jika duit mereka yang banyak itu disimpan dan menggunakan kemudahan bank tempatan, mungkin bank itu yang kaya, untung dan akan merampas peluangnya menjadi syarikat nombor satu negara kita. Itulah telahan saya.

Teruk kan? telahan saya?. Lagilah teruk syarikat itu jika telahan saya itu banar.

1 comment:

Anonymous said...

err. tak betul tu MBA-sama...
sebenarnya, syarikat tersebut ada banyak operasi. jadi, diagih-agihkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada pelbagai bank. gaji di bank A, loan rumah di bank B, urusan pelanggan di bank C, bayaran kepada vendor di Bank D dan sebagainya..