HARI ini 11.12.11 rupanya.
Seawal 7.15am saya memulakan kayuhan dari rumah, menuju lebuhraya SILK.
Semalam saya perhatikan ada 5-6 orang pengayuh berkum[pul di Kajang Sentral, berdekatan dengan rumah saya. Saya nampak ia adalah petanda bagus menjadikan Kajang Sentral sebagai RV aktiviti berbasikal. Pastinya mereka berkayuh mengikuti lebuhraya SILK yang masih belum banyak kenderaan. Dalam erti kata lain, kayuhan di sini tidaklah berbahaya sangat.
Kayuhan seorang diri ini cuma setrakat 30km sahaja mendaki dan menuruni bukit. Saya masih gagal memecahkan kelajuan 60km/j semasa menuruni bukit. Kelajuan maksima cuma 59.9km/j. Nak pecut sehingga 60km/j, terbayang juga akan kawan-kawan yang terpelanting jatuh apabila tayarnya meletup.
Kayuhan hari ini average masih tidak melepasi 21km/j. Sebabnya? Semasa mendaki ia sekadar 9km/j. Masih lemah, namun SILK adalah tempat latihan mendaki terbaik untuk saya.
No comments:
Post a Comment