Saturday, July 23, 2011
HARI KEBUDAYAAN JEPUN 2011
Hari Kebudayaan Jepun 2011 telah selesai diadakan pada 17 Julai 2011 (Sabtu) bertempat di Auditorium Karangkraf, Shah Alam. Program ini dirancang beberpa bulan yang lalu. Tarikh dipilih kerana ia adalah selang seminggu selepas kami sepatutnya pulang dari Jepun selepas mendaki Gunung Fuji. NAmun, oleh kerana tsunami dan gempa bumi melanda Jepun, program mendaki Mt. Fuji kami batalkan.
Rupa-rupanya tarukh 17 Julai, bukanlah tarikh yang baik untuk melakukan program sebegini. Lebih-lebih lagi bila memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada pihak Jepun, seperti Kedutaan dan JICA sendiri. Ini adalah kerana 17 Julai diadakan program Bon Odori, iaitu pesta musim panas di stadium Matsushita, Shah Alam. Pesta Bon Odori ini adalah pesta yang terbesar di dunia, di luar Jepun!. Orang-orang Jepun pula mesti melakukannya dengan perfect. Pelbagai persediaan, beberapa latihan, raptai dan dry-run dilakukan bagi mempastikan perjalanan pesta ini adalah bertaraf dunia. Lantaran itu saya gagal mendapat sebarang bantuan daripada Kedutaan Jepun ataupun orang perseorangan Jepun yang mahir dalam perkara-perkara tertentu. Bantuan yang saya perlukan ialah untuk meminjam/menyewa kimono, instruktor acara minuman teh, instruktor kimono dan instruktor origami. Selainnya boleh dibuat sendiri oleh orang Malaysia yang saya kenali. Betapa sibuknya mereka, pada hari perasmianpun mereka tidak dapat datang. Sibuknya!!!.
Akhirnya kami berjaya juga melaksana program Haiku, Origami, Furoshiki, Kimono, Masakan, Persandingan dan Solekan. Cuma tea-ceremony sahaja yang tidak kami adakan.
Melaksana program sebegini memerlukan banyak duit. Setiap program ada kosnya. Hiasan auditorium memerlukan RM4000. Bayaran hotel instruktor yang tinggal di luar Shah Alam kami bayar. Tambang kapalterbang instruktor daripada Kota Kinabalu, Kota Bharu perlu kami jelaskan. Makan-minum para peserta mencecah RM3000. Sewaan kimono, pengangkutan krew, bahan mentah, peraslatan, pakaian krew dan sebagainya lagi perlukan kos. Secara keseluruhannya program ini memerlukan RM15,000. Syukur Alhamdulillah, ramai sahabat yang datang menghulurkan bantuan. Di antaranya ialah Strateq, AVNet, Teliti, HeiTech, Cisco, Huawei, eNcoral, Mandiri dan ada lagi. Di antara nama-nama yang sangat perlu saya rakamkan ucapan terima kasih termasuklah Dr. Azrin, Yusmar, Azam, Shahzi, Erna Fezura, Diana, Shahran, Azhar, Chot, Khairul, Muhaimy, Razi, Anuar, Fadzli dan semua EXCO kerana sumbangan anda semua. Tidak lupa juga kepada semua instruktor, peserta dan juga krew serta pengurusan Karangkraf.
Semoga kita boleh bekerjasama lagi di masa-masa akan datang.
Domo arigato.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment