ESOK puasa. Ya puasa Ramadhan. Ramai orang menunggukan kehadirannya. Peliknya orang yang tidak solat, atau kurang 'baik' pun menunggu-nunggu akan Ramadhan. Mengapa ya?. Barangkali kerana di bulan Ramadhan ada solat tarawih. Ia hanyalah solat sunat sahaja. Jika solat yang wajib tidak dilakukan, mengapa ramai orang menunggu akan solat sunat?.
Barangkali kerana mereka terpengaruh dengan pelbagai "fadhilat" solat sunat tarawih ini. Dihapuskan dosa, diharamkan dari dibakar oleh api neraka dan sebagainya, dan sebagainya. Inilah orang kita.
Semasa solat tarawih pula, berebut-rebut mereka ingin bersolat di saf paling hadapan. Banyak fadhilatnya. Namun.... mereka ini (bukan semua) datang lewat, tetapi ingin merebut saf hadapan. KAdang-kadang terpaksa menolak-nolak orang lain kerana datang lewat dan inginkan saf hadapan. Pelik kan?
Pulang lewat dari masjid dan surau juga banyak pahalanya jika dihabiskan dengan zikir, mengaji dan sebagainya. Tapi datanglah awal-awal, Letak kereta elok-elok. Jika datang lewat dan kereta diletak ikut-dan sahaja dan balik lewat, apakah akibatnya?. Sepatutnya hendak pahala, gamaknya dapat bala sebab disumpah oleh orang lain kerana keretanya menghalang orang lain yang ingin pulang. Tidak pelikkah?.
Orang kita ...
Nanti kita cerita bab berbuka pula :)
No comments:
Post a Comment