SUDAH menjadi lumrah harian saya, apabila pulang ke rumah akan terus melihat perti surat. Ada kalanya ada surat, ada ketikanya kosong. Hari ini selepas pulang berkayuh, terdapat sekeping surat dari pejabat peguam. Alamak..... siapa pula yang menyaman?.
Berdebar.
Aku ada pukul orang ke?.
Ada khianat orang ke?
Ada buat apa-apa salah ke?
Pusing jadinya.
Setelah surat dibuka, ya..... saman dari Indah Water kerana 'lambat' bayar bil.
Nasib baik.
2 comments:
Macamana boleh lalai?
bukan lalai, tapi disengajakan.
bilnya RM60 bagi setengah tahun. datang tak tentu masa. Dulu bil adalah bersekali dengan bil air, kita hanya bayar bil air dan sekian peratus diserahkan kpd pembentungan. Jika tak bayar bil air, air kena potong. Kini bil pembentungan, jika tak bayar tidak ada apa yg boleh dipotong, sebab itu kena saman...
Post a Comment