Labels

Tuesday, January 11, 2011

HARI LAHIR MAHARAJA JEPUN



SAYA agak ada lebih dari seratus kedutaan negara asing di Malaysia. Maknanya ada lebih dari 100 duta berada di negara kita.

Selain daripada Jepun, saya juga pernah belajar di UK dan USA. Namun begitu, Jepun sangat istimewa. Pada setiap kali duta mereka bertukar masuk dan bertukar keluar, saya (dan rakan-rakan) akan dijemput ke kediaman duta untuk majlis makan-makan, sembang-sembang. Hari keputeraan maharaja (emperor) mereka juga dijemput sekiranya ada sambutan dibuat.

Terasa kita ini istimewa, sebab mereka membuatkannya istimewa.

Barangkali duta Malaysia di negara asing juga perlu berbuat perkara yang sama bagi warga asing yang pernah menuntut atau bekerja di Malaysia. Apabila kita membuatkan orang lain istimewa, maka kita juga istimewa.

No comments: