Sunday, January 16, 2011
BUKU SAYA TOP 500
SEINGATNYA saya mula mengenali dunia penulisan penerbitan pada tahun 2007 apabila menghadiri bengkel penulisan PTS. Dari situ saya menulis buku Travelog Jepun.
Pada tahun 2008 buku saya berjudul "Kerjaya Dalam Bidang ICT" diterbitkan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 saya sudah menjadi seorang penulis. Buku ini diterbitkan secara kebetulan sahaja. Saya membuat cadangan kepada editor dan ia ditolak kerana buku tersebut sedang ditulis oleh pengarang lain. Namun entah bagaimana, pengarang asal gagal menyiapkan kerjanya. Saya ditawarkan untuk menulis. Saya mula menulis dan menyiapkan manuskrip buku tersebut dalam masa sebulan. Tiga bulan menunggu proses editan dan penerbitan. Akhirnya terbitlah buku pertama 2008.
Editor meminta saya tulis dua buah buku lagi. Saya tulis "50 jawatan terbaik dalam ICT" dan "50 jawatan terpilih dalam kerajaan". Ia juga disiapkan dalam masa satu bulan. Ia bermakna dua minggu bagi satu buku. Namun penulisannya berselang-seli. Bukan dua minggu satu buku, tetapi sebulan dua buku. Ia diserahkan kepada editor dan diperamkan tanpa berita. Saya menulis surat meminta manuskrip dipulangkan dan editor memohon maaf kerana gagal menerbitkan buku saya dan memulangkan manuskrip. Beliau sudah tidak lagi bekerja di peneribit tersebut.
Dalam 2009, saya menghadiri kursus penulisan buku "buat duit dengan ...". Proposal saya "Buat Duit Dengan Kamera" diterima. Saya mula menulis. Tidak lama. Manuskrip disiapkan. Akhirnya buku "Buat Duit Dengan Foto" diterbitkan. Editor mengubah "kamera" kepada "foto". Tidak mengapa. Alhamdulillah.
Dari situ saya berazam untuk keluarkan 1 buku setiap tahun sebelum bersara daripada pekerjaan maan gaji. namun 2010 agak malang. Tidak ada satupun buku saya diterbitkan. Manuskrip "Travelog Jepun" yang ditulis semenjak 2007 sudah bertukar ke beberapa tangan editor. Ia tetap tidak diterbitkan. Beritanya juga disembunyikan. Permohonan untuk mendapatkan kembali manuskrip juga gagal dan hampa.
Walau bagaimanapun hujung 2010 sebuah buku saya "50 Jawatan Terpilih dalam Kerajaan" telah diterbitkan oleh sebuah penerbit lain. Syukur sangat. Tiga tahun Tiga Buku masih tercapai. Tempahan demi tempahan terhadap buku tersebut saya terima. Ramai orang ingin membeli dan memilikinya.
Kini 2011, saya mengharapkan buku keempat "50 Jawatan Terbaik dalam ICT" dapat dikeluarkan. Ia telah dikemukakan bersama dengan buku yang ketiga.
Buku "Buat Duit Dengan Foto" adalah buku TOP 500:-
Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Nilai RM Jualan 1 Januari - 31 Disember 2010
Senarai Judul TOP 500 PTS Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual antara 1 Januari - 31 Disember 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tahniah !
Tahniah! Semoga menjadi semangat untuk lebih cemerlang.
bravo!
Post a Comment