Labels

Wednesday, June 30, 2010

NILAI KORPORAT: DI MANA NILAINYA?


PELBAGAI nilai korporat diwar-warkan di merata tempat dan waktu. Di manakah terletaknya nilai korporat di kalangan penjawatnya?.

Tahap 1: Menyanyi lagu korporat, pakai lencana, pasang banner, ceramah, kursus,cogankata. Misalnya "kerja berpasukan", "pelanggan didahulukan".

Tahap 2: Terpaksa melakukan 'nilai' korporat kerana arahan. Misalnya terpaksa melakukan kerja secara berpasukan, walaupun tetap percaya bahawa kerja secara individu lebih cepat, lebih bagus daripada kerja berpasukan.

Tahap 3: Nilai korporat adalah sebahagian daripada budaya. Samada di pejabat atau di luar, penjawat akan berpegang teguh kepada nilai korporat. Berapa ramai penjawat yang bersedia memberikan parkir mereka kepada pelanggan dan mereka meletak kereta di bawah pokok atau di tengah panas?.

1 comment:

Bangun Sebelum Subuh said...

Saya sedia membantu, tetapi saya tidak tahu bagaimana caranya untuk membantu. Oleh itu, saya perlu mempelajari nature of bisnes organisasi saya. Kesimpulannya, jika organisasi ingin menjadikan anggotanya mengamalkan Kami Sedia Membantu maka perlu ada program penjelasan kepada anggotanya mengenai peranan dan fungsi organisasi dan wujudkan FAQ dari pelbagai bidang.