Labels

Tuesday, June 08, 2010

GARMIN


MINGGU lepas saya ke LCCT dari pejabat. Memang saja-saja pasang Garmin GPS.
Terbentang papan tanda jalan, KLIA adalah ke kanan, garmin kata ke kiri.
Dengan sengaja saya mengikut arahan Garmin dan bukannya papan tanda.
Akhirnya selamat sampai ke destinasi mengikut masa yang ditetapkan (oleh Garmin).

Bagi perjalanan pulang (ingin pulang ke rumah), sekali lagi saya sengaja mengikut
arahan Garmin. Diarahnya saya melalui jalan-jalan gelap yang entah ke mana. Menakutkan.
Akhirnya tiba di rumah tanpa membayar satu senpun tol dan jarak yang lebih dekat berbanding dengan perjalanan pergi.

Terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

MBA,
1. adakah dengan penggunaan Garmin, jumlah kos perjalanan ke suatu destinasi akan dapat dijimatkan?

nota:
kos yang berkaitan:
i. minyak
ii. tol
iii. tayar
iv. tambah jika berkaitan.

Terima kasih.

mba2u said...

Garmin boleh disetkan utk setiap perjalanan samada ingin melalui jalan terpendek, masa tercepat atau termurah (tanpa tol).

Sudah semestinya ia sangat menjimatkan, khususnya jika destinasinya tidak kita ketahui.