SEMASA di sekolah menengah, guru-guru saya adalah dari Amerika Syarikat dan England. Mereka adalah kumpulan peacecorp, yang terpaksa membuat kerja amal kerana tidak mahu menjadi tentera kerahan ke Vietnam. Cikgu-cikgu ini semuanya fasih berbahasa Melayu. bahasa Melayu sangat senang kata mereka...
Di antara patah-patah yang saya ingati daripada mereka:
1. Jika ditanya "apa khabar", jawabnya ialah "khabar baik". Mudah bukan?
2. Jika buah yang ada "duri", namanya "durian"
3. Bagi buah yang ada "rambut", namanya "rambutan"
4. Jika ditanya "apa macam", kita jawab "macam-macam"
Oleh kerana saya tidak tahu UK dan US itu di ceruk mana, maka saya tidak pernah kisah untuk mengambil alamat mereka. Mereka beriya-iya ingin menyambut kami di tangga kapalterbang sekiranya kami berjaya belajar di negara mereka. Saya tidak jangka yang saya akan sampai ke Tanah Orang Putih ini walaupun seketika. Namun hakikatnya lama saya di sana bersama keluarga lagi.
Kini barangkali mereka semua sudah menjadi arwah.
2 comments:
assalamualaikom,
sekadar bertanya..saya telah cuba beberapa kali untuk ke laman prof muhd kamil ibrahim...mohon bantuan Tuan sekiranya tahu sesawang prof yang terkini.
Terima kasih.
http://www.muhdkamil.org/blog/
Post a Comment