Labels

Monday, September 14, 2009

PERJASA: SEKADAR SEBUAH CATATAN


PERJASA ialah Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam. Kini Juruanalisa Sistem (systems analyst) dikenali sebagai Pegawai Sistem maklumat (information system officer). Saya terlibat dengan PERJASA semenjak saya 'time scale' lagi. Ia itu zaman pra-internet. Semasa penubuhan komiti pro-team sehinggalah presiden pertama Meor, Tuan Syed, Raja Malik dan Sabri. Jawatan terakhir saya ialah Timbalan Presiden. Selepas itu PERJASA dipimpin oleh Wan Rosdi dan kini Dato' Rosli.

Sekadar sebuah catatan, bahawa portal PERJASA di www.perjasa.net telah dihapuskan dari muka bumi. Perkara ini dibuat atas arahan daripada pucuk pimpinan terkini. Sekadar sebuah catatan juga, bahawa sayalah yang mencipta dan membayar (bukan menaja) DNS dan webhosting laman web tersebut semenjak ia ditubuhkan sehingga ia dihapuskan. Semenjak bertahun-tahun membayar yuran bagi portal ini, seingat saya saya pernah membuat tuntutan bayaran balik kepada dua orang presiden dan pada kali terakhir jawapannya ialah ia patut dibunuh.

Sekadar sebuah catatan juga, arwah portal PERJASA tersebut agak meriah juga dikunjungi walaupun ia jarang dikemaskini oleh webmaster. aktiviti paling diminati ialah ruangan forum yang menerima ratusan entri daripada ahli. Segala cadangan, soal-jawab dan rintihan diluahkan melalui forum tersebut.

Pada asalnya saya ingin menyimpan portal tersebut, namum daripada banyak segi ia banyak merugikan wang ringgit. Lebih baik ia dimusnahkan sahaja supaya kerugian tidak berpanjangan.

Sekadar sebuah catatan, mana tahu ada yang tercari-cari ke mana hilangnya perjasa.net dan mengapa ia hilang. Sekadar sebuah catatan.

2 comments:

karim benzema said...

bro..terima kasih atas usaha menghidupkan portal perjasa selama ini..

Anonymous said...

terima kasih bebanyak tuan atas usaha & keperihatinan tuan terhadap portal perjasa selama ini. Patutlah saya x boleh access sejak Ogos lalu. Hebahan & berita mengenai Perjasa nak rujuk kat mana lepas ni?