Saturday, September 05, 2009
KEHIDUPAN HITAM PUTIH
Seorang sahabat saya menggunakan telefon bimbit 3G. Namun beliau hanya menggunakan 2 fungsi telefon sahaja, ia itu penggilan telefon (membuat dan menerima panggilan) dan SMS (menghantar dan menerima). Saya berkata kepadanya, kamu adalah buta warna. Kamu tidak menikmati kesemua keindahan dalam dunia warna warni.
Dia tersenyum sinis dan memberitahu ada lagi kawan dia yang hanya memiliki telefon bimbit untuk membuat panggilan (dan menerima juga) sahaja. Dia ini daripada generasi telefon talian tetap. Dia akan membuat panggilan kepada kawan-kawan beberapa kali sehari sehingga dia dapat bercakap. Dia tidak akan hantar SMS sekiranya kawan dia tidak menjawab panggilan, sedang sibuk atau yang setara dengannya. Saya katakan kepadanya. Kawan kamu itu hidup dalam dunia hitam putih.
Bagaimana pula dengan orang yang langsung tidak mempunyai telefon bimbit?
1. Orang super kaya yang segala urusan dibuat oleh pembantu
2. Dia wali
3. Kawasan dia tinggal tiada liputan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
MBA-san,
Cath hidup dalam dunia separa hitam putih... Cath hanya guna telefon bimbit untuk buat and menerima panggilan DAN juga untuk foto & SMS. Dunia warna-warni ke tu..?? Telefon bimbit Cath cekai aje.. Hehe.
Obama tak boleh ada telefon bimbit. hehe
Post a Comment