Labels

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA



JALAN menuju ke Pantai Tumur dimaklumkan telah mula sesak semenjak petang tadi. Saya akan menuju ke kampung selepas solat Subuh besok. Mudah-mudahan kesesakan telah sedikit reda. Pada tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Terengganu. Tahun lepas yang sepatutnya giliran Perak, telah kami raikan di Kajang. Ini adalah kerana mertua datang beraya bersama kami.

Beginilah kami, setahun di Perak dan setahun di Terengganu sudah 24 tahun begitu. Barangkali tiga-empat tahun lagi, setelah anak-anak semua besar-besar dan mempunyai kehidupan sendiri dan tinggal berjauhan pula, lainlah jadinya jadual raya kami. Barangkali anak-anak datang beraya di rumah kami. Selepas solat raya barulah pulang ke kampung. Barangkali.

Pada tahun inipun pesta pulang beraya kami terpaksa dilakukan dalam dua perjalanan yang berasingan. Saya pulang esok bersama anak-anak. Isteri dan dua lagi anak akan pulang lusa. Ini adalah kerana esok masih merupakan hari bekerja bagi dua daripada anak-anak kami.

Puasa pada tahun ini alhamdulillah. Tidak adalah sakit-sakit kepala. Solat Tarawihpun senang sebab rumah kami hanya 70 langkah sahaja daripada surau.

Apakah seronoknya beraya di kampung? Saya ajukan pertanyaan ini kepada anak bongsu dan memberikan pilihan jawapan:
A. dapat duit raya
B. Sembahyang raya
C. Pergi kubur Tok
D. Makan kuih raya

Agak memeranjatkan apabila jawapan yang diberikan ialah kerana seronok bermain dengan sepupu-sepupu.

Kepada semua, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

3 comments:

Cat Cat said...

Oooh, rupa2nya MBA-san orang Terengganu... My favourite Terengganu dish is Nasi Dagang... Ngam ngam ngam...

Selamat Hari Raya kepada MBA-san & sekeluarga.

Azemi Ali said...

Salam Aidil Fitri

Kami sekeluarga akan pulang ke PD malam ini selepas Terawih. Kemudian pulang ke Ganu pada hari raya kedua.

Selamat Hari raya
Maaf Zahir dan Batin

Anonymous said...

Selamat hari raya..

semoga meriah tahun ni...