Labels

Monday, September 28, 2009

ALING


SAYA telah bekerja dalam bidang ICT di lapan buah organisasi:
1981 - JTM
1983 - JKR
1988 - JPA
1990 - JPJ
1997 - JAN
2003 - H.Selayang
2003 - MITI
2005 - KKM

Sepanjang tempoh tersebut saya telah terlibat dalam:
Pembangunan Aplikasi
Penyenggaraan Aplikasi
Pentadbir Pangkalan Data (DBA)
Pentadbir Rangkaian
Pengurus Pusat Komputer
Pengurus Projek
Software Quality Assurance
Help Desk

Selain daripada tugasan biasa, saya juga terlibat dalam tugas-tugas lain seperti:-
Pensyarah Jemputan
Pemeriksa Peperikaan
Panel Temuduga SPA
Panel Temuduga Hadiah latihan
Panel Penilaian Tahap Kecekapan
Panel Hakim Pertandingan Laman Web
Panel Penilaian Anugerah
Jawatankuasa Penilaian Teknikal Tender
Jawatankuasa Penilaian Harga Tender

Saya juga pernah bekerja dalam sektor swasta kerana dipinjamkan oleh kerajaan bagi menjayakan salah satu flagship dalam aplikasi Kerajaan Elektronik.

Berdasarkan pengalaman kerja tersebut, saya telah menulis sebuah buku berjudul "Kerjaya dalam Bidang ICT". Buku ini menceritakan secara umum mengenai kerjaya dalam bidang ICT dalam sektor awam dan juga swasta.

Kini saya sedang menulis pengalaman kerja tersebut dalam sebuah "Novel Kerjaya" yang menerangkan secara terperinci kehidupan sebagai pegawai ICT. Ia diharap dapat dijadikan panduan kepada anak bangsa dan dijadikan pakej kepada buku 'Kerjaya dalam Bidang ICT'.

8 comments:

sabre23t said...

Impressive, Mat. ;-)
Saya tak sebanyak tukar company/jabatan. Dah dekat 9 tahun kat bilik yang sama, tapi melalui 3 syarikat berbeza. :-/
Mmm ... Apa makna ALING tu? Dah google tak terjumpa. :-(

Ron97 said...

wah.. buku yang menarik.
semoga sukses.

mba2u said...

Sabre;

Makna ALING ada diceritakan dalam novel tersebut. Kini masih di tahun 1983-85 lagi...

Anonymous said...

MBA,
saya memang minat kalau ada unsur unsur misteri ni.. novel seram ke ni?

Unknown said...

Bagusnya buku ni. Walau Mush bukan dlm bidang IT, tp leh hadiahkan or rekomen kat kengkawan ni...

mawar said...

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Jadi... Semua pengalaman tuan MBA saya juga lalui..termasuk penempatan di syarikat swasta..yang mungkin jarang orang yang dapat peluang. Kini saya dah pencen dan sempat sampai kepuncak dalam perkhidmatan. 11 Sept baru ni genap 57 tahun dan setahun sudah pencen dengan tidak menyambung 2 tahun lagi. Sebelum pencen macam2 nak buat..tapi selepas setahun pencen rasa tak sempat dah nak buat apa2..dalam masa 10 atau 15 tahun biarlah gunakan masa sihat tu untuk buat apa yang tak sempat, pergi mana yang tak sempat, jumpa orang yang mana tak sempat jumpa...semasa dalam servis. Blog ni saya ikuti juga dari masa kesemasa tapi tak sempat mencelah..MBA sahaja yang tahu siapa MAWAR ni..dengan menggunakan nama yang sama pernah membuat komen tentang masakan kuzi dalam blog wanita...itu semuanya dapat dibuat selepas bersara. Hajat nak tulis juga pengalaman seperti MBA..tapi bolehlah setakat memberi input kpd MBA.

mba2u said...

MAWAR;

Terima kasih banyak kerana singgah dan memberi komen. Apabila membaca komen tersebut, saya terus dapat satu lagi idea, ia itu politik serta taichi dalam PERJASA, ia itu persatuan yg kita sama2 dukung dulu (kini dan selamanya?).

Saya sangat bertuah kiranya MAWAR sanggup memberi input terhadap penulisan saya.

Untuk makluman, saya sudah siapkan sebuah buku daripada minda Dato' Dr. Raja Malik

Anonymous said...

SelamatHariLahir MBA!
karya rancak.
kekal segak.