Labels

Monday, June 15, 2009

TRAVELOG UK


SAYA suka berangan-angan sambil berharap. Saya pernah berangan-angan supaya dihantar ke UK. Tujuan saya ialah untuk melihat semula rumah sewa lama saya di Easterly Avenue, Leeds. Saya ingin temui Uncle Sim yang menjadi salah satu watak dalam novel Mahligai Cinta. Saya ingin melihat sekolah anak-anak saya di Oakwood. Saya juga sudah tentunya ingin ke universiti saya Leeds Metropolitan University yang kini khabarnya telah menjadi Carnegie Melon University. Saya ingin temui jiran saya En. Moris bersama anjingnya Morisson. Saya ingin melihat semula kemeriahan car boot sale. Saya ingin melihat semula kehidupan di UK dan saya akan menyiapkan buku sata Travelog UK.

Angan-angan saya disertakan dengan sedikit usaha tanpa lobi. Saya serahkan sekeping perspektif seminar dan menulis catatan "Tuan, seminar ini sangat bagus. Elok kita hantar wakil". Maka dihantarnya wakil dan dia ialah staf saya. Tidak ada rezeki.

Bulan lepas saya menerima sekeping surat mencalonkan saya untuk ke Worthing, UK. Itulah pertama kali saya mendengar "worthing". Dipendekkan cerita, semua urusan telah dibereskan. Yuran kursus berharga UKP3,500 telah dibayar oleh penaja. Tiket bernilai RM18k telah berada di atas meja. Bayaran hotel bernilai RM4k telah diuruskan sendiri. Perancangan lawatan telah diatur untuk ke Leeds dan Sheffields di hujung minggu. Kini hanya H1N1 sahaja lagi yang mungkin menjadi penghalang.

Sekiranya semua perkara berjalan lancar, saya akan siapkan buku Travelog UK di UK juga.

6 comments:

Azemi Ali said...

Salam.

Bila tu ke akan sana?
Selamat bertravelog UK.Pasti ramai ingin memiliki dan membaca buku tersebut.

mba2u said...

Salam;

11-27 Julai

Puan Ainon Mohd. said...

Saya pun dulu di Leeds. Saya di Leeds University, dan tinggal di Marry Morris Residence, Headingley.

Cat Cat said...

Oooh, bestnya dapat travel ke UK ya..? Jalan-jalan cari makan.

Ni nak tumpang tanya jap?? Apasal tiket kapal terbang mahal sangat ni - sampai RM18K?? Business class ya..??

mba2u said...

Pn. Ainon san: Kira2nya kita adalah "Leeds United" lah.

Cath: Ya, Business class.

Anonymous said...

Saya tinggal di UK selama 5 thn, tapi tidak begitu merasa keseronokannya dan selalu kesunyian dan homesick! Mungkin kerana hati sudah di Jepun waktu itu.

Selamat menulis travelog UK. Mana tahu, persepsi saya bakal berubah! :)

Business Class Virgin Airlines? Saya dengar servisnya sgt SUPERB!!