Di zaman batu tidak ada SMS, MMS atau yang setaraf denagnnya.
Di zaman batu juga tidak ada rumah batu.
Manusia di zaman batu berkomunikasi melalui simbol.
Mereka melukis simbol-simbol di gua-gua batu.
semalam saya diajak makan tengahari di sebuah kelab. Oleh kerana saya teringin sangat untuk melepaskan hajat, maka sayapun bertanyakan arah
Saya tercegat di situ sehingga seorang wanita keluar daripada salah satu pintu dan saya pun bergegas menuju ke pintu yang satu lagi. Alangkah terperanjatnya saya kerana dalam tandas tersebut terdapat dua orang wanita!. Nasib baik kedua-duanya memakai pakaian yang serupa. Otak saya terus menterjemah bahawa mereka berdua adalah pelayan tandas tersebut.
Sekiranya saya ditangkap kerana dikatakan menceroboh tandas wanita, barangkali pengurusan kelab tersebut akan kalah. Sebabnya bukan semua orang datangnya dari zaman batu yang memahami simbol-simbol kuno yang digunakan. Mengapa tidak tulis sahaja?.
1 comment:
banyak tempat yang sebegitu.
mengelirukan pihak lawan.
saya setuju dengan tulis sahaja.
Post a Comment