Labels

Tuesday, June 16, 2009

BUAT DUIT DENGAN BASIKAL


AHAD lepas saya menghadiri bengkel penulisan PTS. Pengerusi PTS telah membuat saranan agar saya menulis buku "BUat Duit Dengan Basikal". Saya sekadar tersenyum mendengar cadangan yang tidak masuk akal ini. Barangkali Puan Sifu San ingin menyengkek saya yang gatal sangat berbasikal siang malam.

Setelah difikir-fikirkan semula, cadangan tersebut memang masuk akal. Saya telahpun menyiapkan proposal buku "Buat Duit Dengan Basikal" kurang 24 jam selepas pulang daripada bengkel tersebut. Proposal telah dikemukakan kepada editor PTS. Berikut adalah respon daripada editor:-

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menghantar proposal kepada kami.
Saya sudah pun meneliti segala maklumat yang tuan nukilkan di dalam proposal Buat Duit dengan Basikal.
Menarik dan teruja.

Proposal tuan ini akan diketengahkan dan diperbincangkan dengan pihak pengurusan. Biasanya proses ini memakan masa dua minggu.
Diharap Tuan dapat menunggu penuh sabar dan berdoa, moga-moga ia menambat hati pihak pengurusan pula


Alamak, dua minggu!. Lamanya. Ingatkan hendak siapkan buku dalam masa dua minggu sahaja ;-)

p.s Kepada adik saya yang duduk di sebelah semasa bengkel tersebut, sudahkah dihantar proposalnya?.

3 comments:

Cat Cat said...

MBA,
Cath teringin sangat nak baca buku TravelLog MBA. TravelLog Japan???? Sekiranya Cath nak beli buku MBA, camner ya..?? Cath ada Maybank account kat Malaysia but never did a transfer before... Kalau ok, Cath nak beli buku tu & try to do the transfer. What say you?

mba2u said...

Cath;

Buku ini sudah sebulan masuk editorial. Entah bila keluarnya. Mengikut firasat, ia lambat lagi. Buku kawan saya "Travelog Sudan" sudah berbulan-bulan-bulan belum juga keluar.

Jika Cath hendak baca yang belum diedit dalam softcopy, bolehlah saya kirimkan. Lepas itu buatlah sedikit komen utk dimuatkan dalam buku nanti.

p.s Buku yg belum diedit ini seperti ikan yg belum dimasaklah (ikan mentah).

Mahu?.

Cat Cat said...

Abang MBA,
Cath memang tak kasih - ikan masak ke, mentah ke.. Janji ikan tu boleh dimakan... :)

Oh yes, I'm honor to be given the opportunity to have the softcopy. Pasal komen, Cath ni bukan-nya celebrity, tokoh, datin or orang yang bernama. But if that will help you to sell your book in the future, I will be glad to do so.

Eh bang, bila buku TravelLog Jepun sudah diterbit nanti, boleh Cath buat promosi jualan buku Abang kat USA - kita kumpul2 all the order, then you can mail all the books to me and I will distribute them to the buyer here. That will save you alot of shipping cost. Jap ya. Cath blog about your book when it's published. Apmacam..??