Labels

Thursday, June 12, 2008

DUNGU BAHASA

DI AWAL 1980an, sebelum PC dikeluarkan, kita mengunakan "mikrokomputer". Saya yang bersekolah melayu bermati-matian memanggilnya "komputer mikro". Akhirnya saya akur bahawa istilah 'komputer mikro' adalah tidak tepat bagi menterjemah perkataan asal 'microcomputer' dan bukannya 'micro computer'.

Baru-baru ini saya melawat pameran ICT di PICC. Saya temui sesuatu yang amat ganjil sekali dalam struktur bahasa kita:

eSILA - Elektronik Sistem Latihan. (sepatutnya Sistem Latihan Elektronik)
eSPKB - Elektronik Sistem Pengurusan Kewangan Bersepadu (sepatutnya Sistem ..... elektronik)
eKerajaan - Elektronik Kerajaan (sepatutnya Kerajaan Elektronik)

Mengapa begitu dungu sekali orang-orang teknikal bermain dengan istilah?.

Sekiranya ebook ditulis sebagau ebuku, ia bukan bermaksud elektronik buku, tetapi buku elektronik!.

1 comment:

Anonymous said...

yang letak nama bukanya org teknikal, org teknikal buat kerja apabila nama telah ditetapkan oleh org yang mentadbir.