Labels

Saturday, May 17, 2008

RUMAH TAN SRI KHALID IBRAHIM


RAMAI orang tahu bahawa rumah Tan Sri Khalid Ibrahim adalah besar. Macam istana. Apa yang terlintas di hati dan perasaan anda bila melihat rumah tersebut?. Bangga?. Garam & Irihati?. Ingin berusaha lebih?. Tertanya-tanya berapa dan daripada mana duitnya?.

Itu semuanya terpulang kepada anda.

Kepada orang seni, ini adalah hasilnya setelah melewati rumah Tan Sri. Sebuah puisi.


RUMAH MELAYU

- Baiti Jannati
- Ilham lewat rumah Tan Sri Khalid Ibrahim

Rumah Melayu merabung bukit
Tiang seri merbau rimba nusantara
Dikufi Bugis serapah sufi
Meloteng di awan
Menerasi gapura taman cinta
Cinta bangsa
Cinta bahasa
Cinta agama

Cinta orang berbangsa cinta
Cinta lidah berbahasa cinta
Cinta hati beragama cinta

Rumah Melayu merabung syurga
Tiang seri solat pohon Kamaliah
Dikufi diri satu wujudiah
Meloteng di sana
Buat selama-lama


NAILUN SALLIH

4 comments:

M A Sabtu said...

MBA-san,
assalamu'alaikum.

hebat juga Tuan MBA ni berpuisi...

Namun, janganlah 'berkecil hati' jika tiada yang beri komen dalam setiap N3 kita... kerana 'tulisan' kita bukanlah seumpama blog Chedet dan blog orang-orang politik tu!

Yang pasti, kita tahu mesti ada yang membacanya!... dan kita boleh 'pantau' siapa peminat kita... he he he...

binAli-san

mba2u said...

terima kasih Tuan Sab2;

Sebenarnya saya memanglag seorang pemuisi yang hebat. Sebab itulah saya tidak tulis puisi. Puisi yang tersiar ini bukannya puisi saya. Ia adalah hasil karya "tukang kebun" saya.

ha ha ha. Nanti saya ceritakan details dalam entri yang lain, supaya tidak ada salah faham.

terima kasih atas komen anda.

rastom said...

Rumah ini memang bisa melancarkan ilham dan saya cukup terpukau dengan binaan tradisional kayu seperti ini. Memberi satu cetusan semangat untuk berusaha - ...

Puan Ainon Mohd. said...

Pastilah wang bagi membina rumah itu wang 'bersih', kalau tidak manakan Tan Sri Khalid berani masuk PKR dan melawan BN!

Saya suka puisi itu. Pendek. Penuh makna yang berlapis-lapis. Puisi tinggi.

Baru tukang kebunnya sudah begitu jelita puisinya.

Kalau si pemilik kebun yang berpuisi, aduh! Burung terbang pun bisa turun ke tapak tangannya....